Bukan saya saja yang bantu KL Rovers, pemain lain pun laksanakan tugas dengan baik – Amer Saidin

248

Pemain KL Rovers FC, Amer Saidin menganggap kejayaan pasukan itu berada di puncak Liga M3 adalah disebabkan hubungan rapat yang ada dalam pasukan itu.

Walaupun beliau merupakan penjaring terbanyak liga, Amer tidak merasakan bahawa beliau merupakan tonggak utama pasukan dan menghargai sumbangan pemain lain juga.


“Bagi saya bukan saya seorang saja yang banyak membantu pasukan itu, pemain lain juga membuat tugasan mereka dnegan baik, dalam pasukan ini kami ibarat keluarga.

Cuma sebagai pemain berpengalaman, saya ada berkongsi ilmu dengan pemain-pemain muda di sini dan mereka juga cepat belajar,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Mengenai perlawanan Piala Malaysia menentang Terengganu FC esok, beliau bertekad mahu membuktikan bahawa KL Rovers mampu memberi saingan kepada pasukan Liga Super.

Katanya, mereka harus berusaha 120 peratus terutama untuk menentang pemain import yang akan turun esok.

“Dari segi mental memang kami sudah bersedia, kita kena berikan 120 peratus esok kerana kita tahu mereka adalah pasukan yang kuat, dan dibarisi pemain import.

Walaupun di atas kertas mungkin mereka merupakan pasukan pilihan tetapi saya mahu kita buktikan kualiti pemain yang kami ada.”

Tambahnya, persiapan untuk perlawanan itu berjalan dengan lancar dan mereka akan memastikan apa yang dirancang oleh jurulatih dapat ditampilkan di atas padang.