Syed Sobri harap tiada lagi perlawanan pada waktu petang selepas ini kerana jejaskan permainan

3,548

Pemain Kelantan FC, Syed Sobri Syed Mohamad berharap pasukannya tidak perlu lagi menghadapi perlawanan di sebelah petang kerana menyebabkan corak permainan pemain terjejas.

Menurut Syed Sobri, cuaca di Pantai Timur adalah berbeza dengan negeri-negeri lain di negara ini dan sukar untuk pemain untuk menyesuaikan diri bermain di bawah panas terik.


“Sebelum ini kami bermain sembilan perlawanan di sebelah malam jadi bila bermain waktu petang ini rasa sangat lain.

Dapat lihat kedua-dua pasukan tak biasa dengan cuaca ini dan menampilkan permainan yang agak berbeza daripada yang biasa,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Bagaimanapun beliau berterima kasih kepada para penyokong yang sanggup turun ke stadium walaupun panas terik.

Dalam pada itu, beliau yakin Kelantan mampu mengekalkan aksi konsisten ketika menentang Johor Darul Ta’zim II pada perlawanan seterusnya.

“Dengan apa yang ditunjukkan hari ini saya yakin kami boleh teruskan momentum ini ketika perlawanan seterusnya.”

Syed Sobri menjaringkan gol tunggal Kelantan pada perlawanan menentang UiTM FC petang tadi di Stadium Sultan Muhammad IV.

Kemenangan itu berjaya melonjakkan Kelantan ke tangga pertama Liga Perdana memintas Terengganu FC II.