Dua naturalisasi baru Sri Pahang tidak sabar untuk hentikan dominasi JDT di Piala Malaysia

1,812

Pemain naturalisasi Sri Pahang FC, Lee Tuck dan Sergio Augero dilihat bersemangat menjelang saingan Piala Malaysia setelah hampir semusim tidak beraksi di dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) ekoran daripada urusan dokumentasi yang memakan masa.

Menerusi komen di media sosial, kedua-dua pemain ini seperti tidak sabar untuk membantu pasukan mereka mara lebih jauh di saingan Piala Malaysia.


Lee Tuck dan Augero bakal menjadi tambahan terbaik yang amat diperlukan oleh ketua jurulatih, Dato’ Dollah Salleh dalam mendapatkan barisan pemain berkualiti yang mampu memberi saingan.

Kualiti yang dimiliki oleh kedua-dua pemain ini mungkin penjadi tonik terbaik untuk pasukan Sri Pahang kembali bangkit dan tidak mustahil untuk mereka memecahkan dominasi Johor Darul Ta’zim FC di dalam saingan musim ini.

Sri Pahang kini berada di tangga ketujuh Liga Super dan sekiranya kedudukan ini kekal sehingga ke penghujung musim, mereka dijadual bakal bertemu Sabah FC yang berada di tangga kedua.

Kemasukan Lee Tuck dan Aguero semestinya akan membawa pasukan ini mara lebih jauh untuk sekurang-kurangnya mengulangi kejayaan mereka merangkul kejuaraan Piala Malaysia pada tahun 2014.

Tambahan pula, format Piala Malaysia yang telah berubah pada musim ini mungkin sedikit sebanyak memberi kelebihan untuk pasukan-pasukan lain melakukan kejutan.

Selain Lee Tuck dan Augero, Sri Pahang sebenarnya memiliki senarai pemain yang hebat dan mampu bersaing dengan lebih baik.

Gandingan di bahagian hadapan di antara Manuel Hidalgo dan pemain import pinjaman, Steven Rodriguez dilihat cukup berbisa dan merbahaya.

Perkara-perkara ini perlu dititikberatkan oleh kesemua pasukan lawan tatkala skuad Sri Pahang kali ini mampu melakukan sesuatu keajaiban di Piala Malaysia.

Dalam pada itu, JDT FC dilihat mempunyai tiada masalah untuk melangkah lebih jauh selepas mereka diundi bertemu pasukan di tangga kesembilan Liga Super yang kini dihuni oleh PJ City FC.

Sekiranya mereka melepasi pusingan 16, saingan di suku akhir juga dilihat mudah bagi mereka kerana dijadual bertemu pemenang perlawanan di antara TRW Kelantan FC bertemu pasukan ke-10 Liga Super.

Semoga saingan Piala Malaysia tahun ini akan menjadi semakin rancak dan menarik untuk ditonton.