Jika saya tak ‘perform’ boleh beri ruang kepada pemain lain – Faisal Halim

131

Pemain sensasi kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim berkata beliau tiada masalah sekiranya digantikan dengan pemain lain jika prestasi beliau merosot.

Menurut Faisal, beliau tidak pernah berkata akan bermain sepanjang musim atau beraksi dalam kesebelasan utama dalam setiap perlawanan sepanjang musim sebaliknya bergantung kepada percaturan daripada ketua jurulatih.


“Musim saingan liga memang panjang dan pastinya ketua jurulatih ada percaturan dan taktikal tersendiri. Rotasi pemain sangat penting.

Saya tak kata saya akan bermain sepanjang musim atau akan diturunkan dalam kesebelasan utama sehingga habis liga.

Sebaliknya sekiranya saya tak ‘perform’ beri ruang kepada pemain lain, jika ‘perform’ kekalkan saya,”

katanya.

Tambahnya lagi, janji beliau adakan untuk berikan yang terbaik kepada kelab sama seperti ketika beliau bersama Pahang FA dan Terengganu FC sebelum ini.

Dalam pada itu, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey berkata persiapan pasukan Gergasi Merah Kuning berjaan dengan teratur dan baik menjelang aksi pembukaan Liga Super iaitu perlawanan Piala Sumbangish yang akan berlangsung pada 10 Mei ini menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beliau menuntut kesemua rakan sepasukannya untuk mempamerkan aksi terbaik dan semangat juang yang tinggi sepanjang tempoh perlawanan.

“Kita ada misi mencabar 10 Mei ini iaitu Piala Sumbangsih menentang JDT. Kita tahu sukar tapi saya berharap ‘mindset’ pemain-pemain lain sama seperti saya iaitu berjuang. Menang atau kalah adalah adat pertandingan.

Kita nak kalah bermaruah dan bukannya turun beraksi sambil lewa atau kurang menyenangkan orang lain.”

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa mereka tidak hanya akan fokus pada aksi menentang JDT sahaja, sebaliknya akan fokus untuk seluruh musim ini.

Malah beliau sendiri tidak terlalu fokus untuk menjaringkan gol, sebaliknya sedang berusaha untuk mendapatkan keserasian dengan pasukan terutamanya dengan pemain-pemain import baru.

“Tentang jaringan saya tak fokus sebab fokus saya kini adalah untuk dapatkan keserasian seluruh pasukan termasuk dengan pemain-pemain import baru.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen