Daniel Ting ada ucapkan tahniah, tapi mungkin beliau sedang cemburu kami berjaya ke ‘final’ – Kevin Mendoza

3,065

Penjaga gol KL City FC, Kevin Ray Mendoza mengakui beliau ada mendapat ucapan tahniah daripada bekas rakan sepasukannya, Daniel Ting selepas berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Menurutnya, Daniel turut tumpang gembira dengan pencapaian mereka sehingga berjaya ke tahap ini 


“Saya ada mesej dia dan dia mungkin sedang cemburu dengan pencapaian kami ketika ini.

Tetapi beliau gembira untuk saya dan rakan-rakan kerana berjaya mara ke perlawanan akhir,”

katanya.

Dalam pada itu, menurut Mendoza, beliau ada melihat undian Piala Malaysia dan menganggap undian itu baik untuk KL City berdasarkan kedudukan mereka dalam liga.

Namun beliau berkata, mereka akan terus melakukan yang terbaik bagi menghabiskan musim di kedudukan terbaik.

Sementara itu, Mendoza berkata beliau tidak kisah sekiranya perlawanan akhir diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) atau di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

“Sudah tentu bermain di Bukit Jalil satu perkara yang besar sekiranya penyokong dapat datang, mungkin jika dapat penuhkan separuh stadium tersebut ia sudah cukup baik.

Tetapi jika bermain di Cheras pun tiada masalah dan saya gembira kerana kami sudah biasa dengan padang itu, dan kami bermain dengan baik di home.”

Beliau juga berharap terus diberi kepercayaan untuk menjaga gawang KL City pada perlawanan akhir nanti.