Lee Cheuk Yiu gembira perhatian yang semakin diberikan kepada badminton, pembakar semangat buat para pemain

271

Pemain perseorangan Puchong United Badminton Club, Lee Cheuk Yiu gembira dengan keadaan semasa sukan badminton yang semakin mendapat perhatian.

Situasi ini memberi kelebihan kepada sukan ini sebagai penambahbaikan terbaik buat para pemain untuk mempamerkan aksi yang lebih baik.


“Saya rasa ini adalah baik untuk kami di dalam gelanggang kerana lebih ramai mengetahui tentang badminton,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Pemain ini telah berjaya melakukan kejutan ke atas pemain No. 4 Dunia, Chou Tien Chen dari Chinese Taipei pada aksi sebelum ini.

Kemenangan pada aksi separuh akhir semalam merupakan sebuah kejutan yang besar memandangkan kedua-dua pemain ini dibezakan dengan jurang yang agak besar berdasarkan kedudukan di ranking dunia.

“Keyakinan mesti tinggi tetapi ini hanyalah liga dan tidak sama dengan kejohanan di luar.

 Tetapi ia tetap menjadi salah satu bahagian daripada perjalanan karier saya.”

Kejayaan ini berjaya membalas dendam buat Cheuk Yiu yang sebelum ini tewas dua kali kepada Tien Chen pada aksi di Kejuaraan Dunia BWF 2022 serta Terbuka Jepun.

Prestasi cemerlang ini boleh menjadi motivasi terbaik buat pemain ini untuk terus mencapai tahap terbaik di dalam kerjayanya.

“Saya rasa untuk tahun ini, sasaran saya adalah untuk berada di kedudukan 10 atau lapan teratas dunia.”

Pemain berusia 26 tahun tersebut berada di ranking ke-17 dunia dan memasang harapan untuk memperbaiki kedudukan tersebut dalam masa terdekat.

Cheuk Yiu bakal menjadi antara pemain yang akan mendapat perhatian di peringkat antarabangsa selepas ini.

Selain Cheuk Yiu, Hong Kong turut mempunyai seorang lagi pemain perseorangan lelaki yang juga berada di kedudukan 20 terbaik dunia iaitu Angus Ng Ka Long.