Mahali Jasuli mahu kemenangan menentang KL City FC supaya dapat elak jumpa JDT di Piala Malaysia

1,321

Pemain PJ City FC, Mahali Jasuli memberitahu beliau dan rakan sepasukan akan memberikan aksi terbaik pada perlawanan terakhir Liga Super menentang KL City FC esok bagi mengutip tiga mata penuh.

Mahali berkata kemenangan pada malam esok amat penting buat PJ City bagi mengelak bertemu dengan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di pusingan 16 Piala Malaysia nanti.


“Kesemua pemain berada pada tahap terbaik ketika ini selepas kami mempamerkan aksi cemerlang dalam enam perlawanan terakhir, jadi untuk perlawanan terakhir ini memang kami sasar untuk menang supaya kami dapat momentum yang baik sebelum ke Piala Malaysia,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Sejak kebelakangan ini, ramai peminat bola sepak tanah air memuji aksi persembahan pemain berusia 33 tahun itu yang telah mempamerkan aksi yang cukup menarik, malah berjaya menjaringkan gol selain membuat bantuan gol.

Berikutan itu, ramai yang mula ingin melihat Mahali kembali menyarung jersi Harimau Malaya setelah lama disisihkan.

” Setiap pemain ingin mewakili negara, begitu juga saya. Tapi saya kena kekal konsisten untuk terpilih skuad Malaysia.”

Dalam pada itu, beliau juga mendedahkan bahawa sudah pun mendapat tiga tawaran dari pasukan Liga Malaysia untuk musim hadapan.

Mahali bagaimanapun berkata beliau masih lagi belum membuat sebarang keputusan kerana mahu fokus menghabiskan musim 2022 dan menunggu tawaran dari PJ City terlebih dahulu sebelum pertimbangan tawaran kelab lain.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen