Kita mahu kerajaan sokong pembangunan ping pong, sekarang ini banyak bangsa selain Cina dah libatkan diri – Lau Beng Wei

350

Presiden Persatuan Ping Pong Kuala Lumpur, Datuk Lau Beng Wei berharap kerajaan dapat memberi sokongan kepada sukan ping pong untuk memastikan ia mampu pergi lebih jauh lagi.

Menurutnya, beliau mahu melihat ping pong berkembang dengan lebih besar lagi di negara ini terutamanya di Kuala Lumpur sendiri.


“Kita harap dapat berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan dan menzahirkan hasrat kita kepada mereka.

Kita mahu kerajaan menyokong pembangunan sukan ini supaya ia dapat dikembangkan dengan lebih pesat lagi,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau yang baru dilantik sebagai presiden persatuan itu berkata akan cuba mendapatkan satu tempat yang boleh dijadikan pejabat dan pusat latihan pasukan.

Tambahnya, beliau juga mahu mencungkil lebih banyak bakat baharu denagn mengadakan lebih banyak pertandingan, terutamanya di peringkat sekolah.

Dalam pada itu, beliau berbangga dengan penyertaan kaum lain selain Tionghua yang semakin ramai dalam sukan ping pong dalam persatuan itu.

“Sukan ping pong sebelum ini kurang mendapat sambutan dari kaum lain tetapi saya rasa KLTTA adalah satu-satunya pasukan yang mempunyai penglibatan ramai pemain yang bukan berbangsa Cina atau Tionghua.

Tahun ini pemain kita 20 peratus daripadanya adalah berbangsa lain.”

Beliau berharap perkembangan itu dapat diteruskan supaya sukan ping pong di negara ini menunjukkan peningkatan lebih lagi.