Kelantan yang dulu bukan lagi sekarang, Zam Saham bawa TRW jalan terus!

135

Kelantan FC hari ini bukan lagi yang kita lihat dalam beberapa bulan lalu apabila berjaya memperoleh kemenangan kedua mereka musim ini hasil selepas episod demi episod duka yang menimpa kelab tersebut.

The Red Warrior (TRW) berjaya naik satu anak tangga daripada terperosok di dasar liga dan berkongsi mata dengan rakan senegeri mereka iaitu Kelantan United FC dengan lapan mata.


Hal ini secara tidak langsung menggembirakan para peminat TRW yang sudah lama menantikan kemenangan kedua daripada kelab kesayangan mereka itu selepas kekalahan demi kekalahan yang diterima sejak awal musim lalu.

Boleh dikatakan kejayaan mereka menewaskan Negeri Sembilan FC baru-baru ini seakan-akan kebangkitan dari tidur buat skuad TRW itu apabila Liga Super Malaysia (MFL) telah mengumumkan bahawa dua pasukan tercorot liga bakal diturunkan ke liga M3.

Hal ini sudah pasti menggusarkan pemilik kelab gergasi Pantai timur itu, Zam Saham yang dilihat telah membawa masuk lebih ramai pemain import untuk mengisi kekosongan pemain-pemain yang sebelum ini bertindak keluar daripada TRW.

Antara pemain-pemain import yang diborong oleh TRW bagi memperkuat jentera mereka adalah Dennis Buchening, Aliakbar Ahmadi, Ahmed Magdy dan Alie Sesay.

Akan tetapi, sehingga hari ini masih belum terlihat kelibat pemain-pemain import yang dibawa masuk oleh Kelantan FC bagi mengharungi baki perlawanan Liga Super yang sudah hampir ke penghujung ini.

Namun dalam pada itu juga hasil daripada kemenangan tempoh hari memperlihatkan para pemain disambut dengan sokongan yang padu oleh para peminat yang dahagakan kemenangan dari skuat TRW.

Menurut satu kongsian di lama Facebook Zam Saham, pihak bas komersial Sani Express juga yang sebelum ini menjadi penaja buat Kelantan FC turun padang memberikan bonus kepada para pemain setelah kejayaan mengekalkan tiga mata beharga di Stadium Muhammad IV tempoh.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata penyokong gembira dengan keputusan yang dihasilkan okeh pasukan mereka itu selain mendoakan agar momentom dan permainan yang ditonjolkan oleh para pemain semakin meningkat saban hari.

Oleh yang demikian, diharapkan dengan kemenangan dan bonus yang diraih baru-baru ini para pemain serta Kelantan FC akan terus mara di bawah bimbingan Zam Saham kembali menjadi pasukan yang digeruni dalam Liga Super Malaysia.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen