Pahang Rangers raih gelaran juara, JDT beri impak besar kepada MPFL

86

Skuad Pahang Rangers muncul juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) bagi musim ini selepas menumpaskan Johor Darul Ta’zim dengan bergaya dan ini merupakan satu kejayaan buat skuad tok gajah itu apabila dapat ‘mencuri’ satu piala daripada pasukan itu.

Pasukan futsal yang berasal daripada Pantai timur itu memulakan pusingan awal mereka dengan menjuarai peringkat kumpulan dengan tiada sebarang kekalahan dan membawa rentak kemenangan tersebut sehingga berjaya menundukkan pencabar utama Selangor Mac di separuh akhir sekaligus mengalahkan skuad JDT di pusingan akhir.


Watak Baharu dalam kacah MPFL, JDT membuat penampilan sulung mereka musim ini dengan memberikan tentangan yang sengit meskipun di peringkat kumpulan mereka ditempatkan bersama juara edisi lepas iaitu Selangor Mac namun tidak menghalang mereka untuk menjadi pendahulu kumpulan.

Meskipun dengan kemunculan pertama kali mereka di MPFL skuad harimau Selatan itu telah mula menunjuk belangnya dan tidak mustahil musim hadapan mereka bakal kembali dengan persiapan yang lebih rapi untuk merebut kejuaraan ini seperti yang dilakukan oleh skuad bola sepak mereka.

Seperti yang berlaku dalam kancah bola sepak, JDT hanya memerlukan satu musim untuk menyesuaikan diri kemudian sehingga ke hari ini mereka sudah berjaya meraih kejuaraan sebanyak sembilan kali bagi gelaran Juara Liga Super Malaysia berturut-turut.

Perkara ini tidak mustahil untuk dilakukan oleh skuad futsal JDT yang dilihat kombinasi permainan sangat baik dan permainan mereka tampak begitu kemas sehingga boleh menghancurkan pasukan Selangor Tot di separuh akhir tempoh hari.

Selain itu juga hasil daripada impak kemasukan JDT kedalam kancah MPFL musim ini juga banyak menarik lebih ramai penonton berbanding musim sebelum ini dan ramai peminat yang memilih untuk memenuhi stadium bagi menyaksikan perlawanan mereka.

Oleh yang demikian, Skuad Pahang Rangers sememangnya layak untuk memenangi MPFL musim ini dengan dedikasi dan semangat yang ditonjolkan oleh para pemain sudah pasti mereka mahu memadam kekecewaan selepas tumpas di tangan Selangor Mac dalam perlawanan terakhir musim lalu.

Musim hadapan MPFL berkemungkinan akan menyaksikan lebih banyak pasukan yang mampu bersaing antara satu sama lain sekaligus memeriahkan lagi kancah liga futsal kita.