Ridzwan Bakri tak putus minta jadi juara, akhirnya tercapai bersama Pahang Rangers

130

Sejak kekalahan kepada pasukan Selangor Mac sememangnya pasukan Pahang Rangers menginginkan kejuaraan berpihak daripada mereka termasuklah juga seorang pemain kebangsaan iaitu Ridzwan Bakri yang sudah berkelana bermacam pasukan untuk meraih kejuaraan.

Ridzwan Bakri yang berasal daripada Tawau, Sabah merupakan salah seorang pemain futsal tempatan yang begitu komited dalam permainan dan sejak tahun lepas beliau tidak putus-putus berazam untuk meraih kejuaraan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) bersama Pahang Rangers.


Sejak tahun lepas beliau yang ditemubual sering mengucapkan bahawa dirinya inginkan kejuaraan memandangkan sudah pernah merasa kedudukan tempat ketiga dan kedua sebelum ini.

Pemain yang kini berusia 29 tahun itu sudah beraksi lebih daripada 10 tahun dalam arena futsal tempatan apabila beliau memulakan karier dengan beraksi di Liga Futsal Kebangsaan daripada 2014 sehingga tahun 2018.

Hasil daripada penyertaan melebihi 5 tahun bersama Pahang dan Perak di dalam LFK, beliau menjadi antara penjaring yang terbanyak dan mengikut perkiraan tidak rasmi ia melebihi daripada 100 gol.

Selain itu juga, Ridzwan atau lebih selesa dipanggil Iwan pernah bermain bersama skuad kebangsaan dalam mengharungi Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur ketika itu dan berjaya meraih pingat perak buat Malaysia.

Dalam temubual sebelum ini beliau juga masih mengharap untuk mendapat panggilan ke dalam skuad futsal kebangsaan memandangkan kemasukan jurulatih baru yang sudah pasti dapat memberikan Ilmu dan pengalaman yang lebih untuk diri beliau.

Kisah pahit manis pemain ini sememangnya boleh menjadi sandaran buat para atlet mahupun individu di luar sana untuk tidak berputus asa dan sentiasa menetapkan matlamat yang jelas seperti yang dilakukan oleh Iwan dan hasilnya kini beliau berjaya meraih gelaran Juara MPFL selepas bertahun mencuba.

Oleh yang demikian, kami di Harimau Malaya mengucapkan tahniah buat Iwan dan Pahang Rangers atas kejuaraan yang diraih dan diharapkan dapat meneruskan rentak saingan seperti musim ini ke musim hadapan.