Bola sepak wanita di Malaysia semakin besar dan diterima orang ramai – Tunku Rania

140

Influencer kecergasan, Tunku Rania melihat arena bola sepak wanita di Malaysia semakin berkembang sejak kebelakangan ini.

Katanya, dapat dilihat sekarang penerimaan lebih banyak pihak terhadap wanita yang bermain bola sepak berbanding dahulu.


“Saya nampak bola sepak wanita di Malaysia ketika ini banyak perbezaan berbanding dahulu, ia semakin besar sekarang.

Sebelum ini ramai yang agak skeptikal terhadap wanita bermain bola sepak dan ia hanya didominasi oleh lelaki sahaja, sekarang makin ramai wanita yang turut bermain bola sepak,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau yang sebelum ini pernah menyertai FAS Women’s Super League (WSL) 2023 bersama pasukan FC Swat berkata ketika ini dirinya sedang aktif dalam sukan American Flag Football.

Rania berkata, beliau ada menerima tawaran untuk bermain bola sepak tetapi buat masa ini menolak kerana fokus terhadap sukan tersebut.

American Flag Football ini adalah sukan yang baharu di Malaysia, macam touch rugby tetapi ia sebenarnya sukan yang tidak bersentuhan.

Saya memang ada dapat tawaran bermain bola sepak tetapi saya mempunyai kontrak dalam American Flag Football sehingga Oktober, jadi selepas itu saya akan kembali bermain bola sepak.”