Saingan antara pasukan-pasukan teratas di Malaysia amat sengit – Guntur Sulistyo Ariwibowo

152

Pemain Selangor TOT United, Guntur Sulistyo Ariwibowo melihat saingan pasukan teratas dalam arena futsal di Malaysia begitu sengit dan kompetitif.

Beliau yang baru menyertai pasukan itu berkata, kemenangan mereka ke atas juara MPFL, Pahang Rangers membuktikan perkara itu benar.


“Saya tidak tahu pasukan-pasukan bawah, tetapi saya lihat saingan pasukan-pasukan teratas di Malaysia amat kompetitif.

Saya bersyukur dapat menjaringkan gol dan menang hari ini walaupun tipis, perlawanan tadi bagi saya amat seimbang antara kedua-dua pasukan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Guntur berkata, beliau membuat keputusan untuk menyertai Selangor TOT United kerana mahu merasai pengalaman bermain di negara luar selain Indonesia.

Dalam pada itu, beliau menyasarkan untuk membawa Selangor TOT United layak sehingga ke perlawanan akhir Piala Futsal Malaysia 2023.