Sukan Paintball adalah sukan paling ekstrem – Khalif Abdul Razak

105

Pemain Paintball Sri Awana iaitu Khalif Abdul Razak teruja berikutan dapat mewakili Malaysia ke Kejohanan Dunia Paintball 2023 yang bertempat di Paris pada bulan hujung bulan ini.

“Perasaan saya sangat bangga kerana dapat mengharumkan nama Malaysia dan buat sukan Paintball sendiri,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Aspek persediaan kini menjadi keutamaan buat pasukan itu serta positif bahawa kerjasama berpasukan mampu menutup kelemahan individu untuk membawa kejayaan ketika tirai kejohanan itu dibuka nanti pada 30 Ogos 2023..


“Setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing, maka kami bermain dalam satu pasukan. Oleh itu kemenangan dan kekalahan terletak kepada pasukan itu sendiri.”

Antara cabaran yang dihadapi oleh beliau dalam mempersiapkan pasukannya untuk menghadapi kejohanan tersebut adalah faktor masa dan kesihatan tubuh badan kerana sukan tersebut merupakan sukan yang mencabar dari segi fizikal dan mental.

“Cabaran adalah dari segi masa dan kesihatan kerana sukan Paintball adalah sukan paling ekstrem.”

Disebalik cabaran yang dihadapi, beliau tetap menyuarakan keyakinannya terhadap pasukan yang dirasakan mampu meraih kemenangan serta menjadi juara di kejohanan itu kelak justeru dapat mengangkat martabat sukan Paintball yang sudah lama bertapak di Malaysia agar dapat terus berkembang.

“Saya berharap agar kami dapat menjadi juara dan semoga masyarakat luar tahu bahawa sukan ini juga mampu mengharumkan nama Malaysia serta boleh membuka mata dunia.”