ikutkan hutang yang terdahulu paling tinggi nilainya adalah tiket penerbangan pelumba – Emir Abd Jalal

60

Ketua Pengarah Operasi Le Tour De Langkawi 2023, Emir Abd Jalal optimis dengan usaha mereka untuk edisi kali ini dengan membuat persediaan seawal mungkin bagi mengelakkan mereka daripada dibebani hutang selepas kejohanan berakhir seperti sebelum ini.

Pada edisi yang lalu, LTDL terpalit dengan isu tunggakkan yuran penampilan dan pembayaran tiket penerbangan para pelumba sehingga menyebabkan kejohanan lumba basikal yang berprestij di Asia Tenggara itu dikeluarkan daripada kalendar Union Cycling International (UCI).


Menurut Emir, antara langkah yang diambil oleh Majlis Sukan Negara sendiri adalah membelikan tiket penerbangan buat para pelumba kerana sebelum ini mereka menggunakan wang sendiri untuk menghadiri perlumbaan kemudian memberikan invois kepada penganjur.

“Tahun ini penganjur akan belikan semua tiket penerbangan sebab kalau ikutkan hutang yang bagi edisi terdahulu paling tinggi nilainya adalah tiket penerbangan mereka,”

Untuk memastikan para pelumba bertaraf dunia dan profesional menghadiri kejohanan mereka kali ini tanpa sebarang tekanan, Emir turut memberitahu segala bentuk invois melibatkan yuran penampilan sudah diminta dan akan dijelaskan sebelum LTDL bermula.

Appearance fee untuk pasukan-pasukan yang bertaraf world team dan profesional yang mana kami sudah minta invois dan siapa yang berikan lebih awal kami boleh bayar sebelum pertandingan bermula,”

“Jadi apabila para pelumba nanti tiba di Malaysia mereka hanya perlu fokuskan untuk berlumba sahaja tanpa memikir penganjur yang masih berhutang dan sebagainya,”

Sebelum ini kecoh di media sosial berkenaan ketiadaan Langkawi dalam kejohanannya sendiri untuk beberapa edisi termasuk LTDL 2023 namun ia bukan seperti yang disebabkan politik dan sebagainya.

Emir akui untuk membawa masuk Langkawi ke dalam peringkat LTDL 2023 agak sukar memandangkan bajet yang diperuntukkan kepada mereka tidak mencukupi sehingga mereka terpaksa mengambil keputusan tidak memasukkannya demi menyelamatkan perlumbaan ini.

“Untuk isu melibatkan Langkawi tiada dalam peringkat LTDL ini, ia bermula dengan bajet yang diberikan oleh kerajaan sebanyak RM 8 juta tidak mencukupi disebabkan bayaran tiket penerbangan dan appreance fee bagi pelumba-pelumba UCI world team dan profesional ini memakan nilai sebanyak RM 4 juta manakala kos laluan di Langkawi sahaja memakan RM 1 juta jadi kami terpaksa skip untuk menyelamatkan perlumbaan ini,”

Beliau turut cuba menjanjikan kemasukan semula Langkawi sebagai salah satu peringkat dalam edisi jelajah berbasikal berprestij tersebut.

“Tapi untuk edisi akan datang kami akan berusaha lebih lagi bagi membawa masuk kembali Langkawi dalam peringkat LTDL seperti sebelum-sebelum ini.”