Saya tak pernah menyesal sertai Kelantan FC – Christian Rontini

103

Pemain bekas import Kelantan FC, Christian Rontini memberitahu bahawa beliau tidak pernah menyesal menyertai kelab itu walaupun jodohnya tidak lama.

Menurut Rontini, selepas kontraknya tamat bersama Penang FC pihak pengurusan Kelantan menghubunginya untuk mendapatkan khidmatnya dan beliau tidak menunggu lama untuk bersetuju menyertai kelab dari Pantai Timur itu.


“Sebaik sahaja kontrak saya bersama Penang tamat pada hujung musim, pengurusan Kelantan hubungi saya untuk menawarkan kontrak dan saya menyertai pasukan pada awal Januari.

Saya kekal di sana selama tiga bulan yang mana ia merupakan pengalaman yang sangat sukar, pada masa sama saya timba banyak pengalaman dan berjaya tebus kekecewaan saya ketika tidak beraksi dengan baik bersama Penang.

Kelantan beri saya peluang untuk kembali beraksi dengan diberi tanggungjawab sebagai kapten,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau mengakui gembira ketika berada di sana, namun apabila pelbagai isu dalam timbul dalam pasukan, ditambah dapat tawaran dari kelab lain menyebabkan beliau ambil keputusan untuk berhijrah.

Dalam tempoh tiga menyarung jersi The Red Warrior, Rontini hanya sempat turun beraksi dalam lima perlawanan sahaja sebelum berhijrah ke Persita Tangerang di Indonesia.

Dalam pada itu, pemain kebangsaan Filipina itu turut berkongsi pengalamannya menerima ugutan bunuh daripada peminat Kelantan.

Rontini berkata ia merupakan kali pertama beliau menerima ugutan bunuh daripada peminat sepanjang bermain bola sepak di Itali dan Filipina.

“Saya tidak pernah merasai pengalaman seperti ini sebelum ini. Tapi dalam dunia bola sepak kita tidak boleh jangka, tapi saya sentiasa berfikiran positif ambil dan enggan ambil pusing hal-hal negatif.

“Jika saya muda mungkin saya akan panik, tapi dengan pengalaman saya selama ini membuatkan saya lebih tenang menghadapi situasi seperti ini.

Saya akan sentiasa bersyukur dengan pengalaman saya di Kelantan dan saya tidak menyesal langsung kerana ia adalah sebahagian dari hidup saya dan akan kekal selama-lamanya bersama saya.”