Ingin kekalkan jersi putih dan sasarkan jersi kuning edisi kali ini – Jambaljambts

72

Pelumba import Terengganu Polygon Cycling Team, Jambaljambts Sainbayar menganggap kehadiran negeri Terengganu sebagai sponsor utama bagi perlumbaan dan jersi putih (terbaik Asia) adalah satu tekanan untuk mereka berjuang dengan lebih lagi.

Jambaljambts yang berasal daripada Mongolia itu memaklumkan dalam pada pengejaran jersi putih bagi kejohanan kali ini, beliau dan rakan sepasukan dalam TSG ingin memberikan tekanan untuk meraih jersi kuning (juara keseluruhan) bagi memastikan dominasi mereka perlumbaan LTDL musim ini.


“Ia sangat mengujakan mendapat tahu bahawa Terengganu menjadi penaja utama dan ia juga memberikan tekanan buat diri saya untuk menjadi lebih baik terutama dalam menjadi pelumba terbaik di Asia dan kami juga ingin mengejar jersi kuning,”

katanya.

Dalam Le Tour De Langkawi musim lalu, Jambaljambts merupakan antara pelumba yang konsisten dalam mengekalkan kedudukan di kelompok 10 terbaik bagi setiap peringkat sekaligus menjadikan beliau pelumba terbaik di Asia.

“Rakan sepasukan saya banyak membantu saya musim lalu untuk meraih jersi putih, tetapi musim ini disamping untuk pertahankan jersi putih kami juga ingin mendapatkan jersi kuning memandangkan kami antara pasukan yang kuat jadi kami akan buat yang terbaik,”

Mengenangkan kekurangan penyertaan daripada pasukan World Team musim ini, Jambaljabts akui mampu memberikan saingan untuk mengejar kedudukan bagi setiap peringkat memandangkan mereka juga antara pasukan yang terkuat di Asia.

“Tahun lalu merupakan tahun yang sukar memandangkan ada enam World Teams dan tahun ini juga sukar tetapi kami antara pasukan yang kuat di Asia dan kami akan cuba beri saingan.”