Kami perlu kembali fokus untuk saingan liga dan juga Piala AFC – Miguel Cifuentes

151

Pemain Sabah FC, Miguel Angel Garrido Cifuentes akui kini pasukannya perlu lupakan kekalahan malam ini menentang Perak FC dan kembali fokus untuk menghadapi saingan Liga Super Malaysia dan Piala AFC.

Pemain yang lebih dikenali dengan panggilan Cifu melihat Sabah FC sebagai sebuah pasukan yang kuat dan kekalahan pada malam ini seharusnya menjadi pengajaran selain perlu bangkit mempersiapkan diri mereka dengan segera.


“Buat pasukan Perak tahniah, kami perlu kembali fokus untuk saingan di peringkat liga dan juga Piala AFC,”

Selepas beberapa bulan berhijrah ke Sabah, Cifu akhirnya memiliki peluang untuk beraksi buat Sabah dan menurutnya meskipun sudah mendapat minit permainan namun masih ada aspek-aspek yang perlu ditambah baik lagi.

“Saya bermain dengan baik di Sabah di samping mendapat minit permainan saya masih perlu tingkatkan prestasi untuk membantu pasukan Sabah,”

Mahu melupakan episod duka di Ipoh malam ini, Cifu ingin pasukannya berusaha dengan lebih gigih selepas ini untuk memastikan tiga mata penuh apabila bertemu dengan pasukan Kelantan FC dan juga PSM Makassar yang kedua-duanya bermain di tempat lawan.

“Kami memiliki pasukan dan pemain yang bagus tetapi kami perlu berusaha lebih keras bagi mengharungi perlawanan seterusnya menentang Kelantan dalam saingan Liga dan paling penting perlawanan bertemu dengan PSM Makassar di Piala AFC.”