Giliran Kelantan FC B-23 pula diserang ‘virus’ tunggakkan gaji

137

Isu tunggakan gaji dalam kalangan pemain tampaknya masih belum reda di Pantai Timur apabila pemain muda Kelantan FC B-23 iaitu Ahmad Firdaus kongsikan segala kemelut yang berlaku di dalam pasukan tersebut,

Kelantan FC B-23 tahun yang diuruskan oleh Datuk Ally Nawawi kini tampak dijangkiti demam gaji yang sama seperti skuad senior mereka sebelum ini sehinggakan satu demi satu pemain mula angkat kaki disebabkan tidak dibayar gaji.


Ahmad Firdaus yang menyerung jersi nombor 16 dalam pasukan Kelantan FC itu telah membuat perkongsian di laman sosial Instagramnya yang memperlihatkan perbualan antara beliau dan pihak pengurusan Ally Nawawi berkenaan gaji.

Menurut perkongsian tersebut kelihatan tunggakkan gaji tersebut sudah berlanjutan sejak bulan Julai yang lalu dan jika dijumlahkan sehingga kini sudah memasuki bulan ketiga mereka tidak mendapatkan hak gaji.

“Janji 15HB selepas itu tarik sampai 30HB, sampai kesudah tidak dapat, Ohh Ally Nawawi kaki tipu,”

katanya dalam kongsian Instagram.

Di samping Ahmad Firdaus, seorang lagi pemain pasukan tersebut telah membuat perkongsian di laman Instagram juga dan mengadu tidak cukup duit untuk membeli makanan sambil meletakkan tanda pagar TRW.

Sebelum ini memang ada ura-ura yang berlegar di laman sosial berkenaan tunggakkan gaji dalam kalangan pemain B-23 The Red Warriors namun belum ada pemain yang tampil berkongsi di mana-mana platform.

Kelantan FC sememangnya berada dalam keadaan yang memilukan apabila kedua-dua pasukan baik di peringkat senior dan muda masing-masing mengalami masalah tunggakkan gaji.

Ally Nawawi seharusnya mengambil ikhtibar daripada kejadian yang menimpa pengendali skuad utama TRW iaitu Norizam Tukiman apabila sehingga kini masih lagi terpalit dengan isu tunggakkan gaji serta beberapa pertuduhan daripada Kesatuan Bola Sepak Malaysia.