Bobby Gonzales impikan kebangkitan pembangunan bola sepak Sabah

227

Prestasi serta kredibiliti pasukan Sabah FC diperhatikan semakin menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan saban hari.

Namun begitu, konflik pembangunan bola sepak Negeri Di Bawah Bayu itu yang membimbangkan pembantu jurulatih Sabah, Bobby Gonzales.


Bobby yang ditemui di Padang Kontena, Kota Kinabalu kelmarin mengatakan beliau dambakan pembangunan yang efektif serta proaktif berlangsung dalam bola sepak negeri Sabah secara keseluruhannya.

Beliau melihat isu padang perlawanan sebagai masalah utama yang membelenggu para pemain oleh sebab jumlah lokasi padang yang terhad untuk dipajak oleh sesebuah pasukan.

Selain itu juga, ianya berkenaan kesukaran mencari kawasan padang bola sepak yang baik untuk bermain.

“Kita perlu fokus nak bangunkan bola sepak Sabah. Bukan sahaja di sudut akar umbi pemain, tapi dari segi peralatan dan gelanggang. Padang merupakan masalah utama buat pemain Sabah.”

Sebagai contoh, terdapat tiga pasukan yang diingin menggunakan padang pada satu hari yang sama dan pemain berebut ingin bermain bola sepak,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Bobby mengharapkan akan ada perubahan yang drastik dan efisyen demi pembangunan bola sepak negeri Sabah di masa hadapan.