Aksi cukup berdisiplin, Ong Kim Swee kekal tegaskan Sabah FC untuk jangan cepat selesa

202

Ketua jurulatih Sabah FC Ong Kim Swee berbangga dengan aksi anak buahnya yang berjaya membelasah pasukan Hai Phong FC 4-1 di Stadium Likas malam semalam.

Beliau berkata kesebelasan utama yang diturunkan sememangnya menunjukkan disiplin yang baik demi menambahkan jaringan gol terutamakan selepas separuh masa kedua.


“Pasukan Hai Phong FC yang ketinggalan di separuh masa pertama sudah pasti akan kembali bersama corak permainan yang baharu.”

“Namun keseimbangan di bahagian tengah padang dapat kita lihat menerusi kepertukaran Darren kepada Gary.”

Katanya.

Namun begitu beliau menegaskan pasukannya tidak boleh mengambil mudah dan harus terus mengekalkan momentum permainan.

“Masih berbagi dua lagi perlawanan buat Sabah FC. Saya percaya pasukan Makassar FC dan Hougang United FC juga sudah pasti ingin mengejar tempat kedua terbaik.”

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu mengatakan pencapaian pasukannya di kejohanan AFC dan Liga Super adalah sama penting demi menempah slot ke peringkat seterusnya secara khususnya.

“Kita masih ada peluang meneruskan perjuangan di AFC termasuk pasukan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk meningkatkan ‘ranking’ kelab.”

“Didalam liga juga apa-apa pun boleh berlaku ketika ini. Jika kita berjaya memperoleh mata penuh dan memenangi kesemua perlawanan, saya percaya kita mampu mengakhiri liga di tangga ketiga.”

Jurulatih itu sempat memuji penjaga gol pasukannya Khairul Fahmi Che Mat yang memiliki pengalaman luas dan tidak akan mengecewakan pasukan secara keseluruhan.

Pemain terbaik perlawanan Daniel Ting sewaktu sidang media selepas perlawanan ternyata teruja dapat menyumbangkan gol sulung buat pasukannya malam itu.

“Ianya menarik untuk tersenarai didalam ‘score board’ dan sememangnya ia suatu malam yang hebat buat kami semua.

Pemain yang menyarung jersi nombor 5 itu turut berterima kasih kepada kesemua 7,441 penyokong Sabah FC yang hadir di Stadium Likas malam itu.

“Setiap seorang penyokong yang hadir telah menyuntik semangat buat kami semua. Semoga bertemu lagi di perlawanan tuan rumah yang seterusnya.”