Sam Somerville sentiasa harap dapat sarung jersi Harimau Malaya

453

Penjaga gol utama Selangor FC, Sam Somerville memberitahu beliau sentiasa berharap dapat menyarung jersi pasukan kebangsaan Harimau Malaya satu hari nanti.

“Ya, saya sentiasa pasang impian dan harapan untuk menyarung jersi kebangsaan satu hari nanti, tapi fokus saya ketika ini adalah bersama pasukan Selangor FC,”

katanya ringkas.

Sam menjadi wira Selangor pada malam tadi apabila berjaya menyelamatkan banyak percubaan berbahaya sekaligus membantu pasukannya menewaskan Kedah Darul Aman FC 1-0 di Stadium Darul Aman.


Kemenangan itu juga mengesahkan The Red Giants berjaya mara ke pentas Asia iaitu AFC Champions League 2 (ACL 2).

Beliau pada masa turut gembira dapat menunaikan impian penyokong yang mahu melihat pasukan beraksi di pentas Asia musim depan.

“Kita sudah tidak ke Asia sudah lama dan kini kita sudah berjaya memberikan kepada penyokong dan semua jadi saya sangat teruja untuk itu.”

Dalam pada itu, biarpun dinobat sebagai pemain terbaik pada perlawanan malam tadi, beliau enggan mengambil kredit sebaliknya kredit perlu diberikan kepada seluruh pasukan.

“Malam ini bukan mengenai saya tapi mengenai pasukan. Saya sangat gembira dengan pasukan apabila kita berjaya menjadi naib juara Liga Super.”