Nama kecil tapi jiwa besar! Mickey perlukan pentas yang jauh lebih besar untuk menyinar!

546

Masa seakan tepat buat bintang sayap kiri Faisal Halim, yang mesra dengan gelaran ‘Mickey’ apabila berjaya melayakkan diri ke AFC Champions League 2 (ACL2) bersama pasukan Selangor FC baru-baru ini.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kepada Ilahi seperti yang ditulisnya di laman Instagram beliau Ahad lalu.


Ternyata ini merupakan kali kedua kehadiran beliau didalam sesebuah pasukan berjaya menembus pasaran Asia yang jauh lebih sengit, seperti juga yang telah beliau usahakan di Terengganu FC suatu masa dahulu.

Beliau pernah membintangi skuad Penang FC dan Sri Pahang FC sebelum berhijrah ke pasukan Sang Penyu.

Sejak kerjaya pemain bola sepaknya bermula pada 2015 sehingga kini, Faisal telah melakar 7,622 minit masa perlawanan, ‘assist’ rakan seperjuangan sebanyak 34 kali dan menjaringkan sebanyak 32 gol didalam kesemua pasukan yang telah beliau duduki (tidak termasuk kelab Penang FC).

Dengan reputasi yang ‘maintain’ di paras optimum sebegini, pastinya banyak pihak penaung kelab yang mengekori gerak-geri dan mendambakan bintang hebat ini untuk beraksi bersama pasukan mereka.

Akan membuat kemunculan pertama di pentas Asia, ini boleh dijadikan antara momen paling berharga dalam hidupnya.

Mickey perlu memilih strategi yang terbaik untuk mengembang bakat didalam karier bola sepaknya.

Ura-ura minggu lalu dapat kita dengari apabila pemain itu seakan berminat untuk disunting kelab terbaik tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Nama beliau hangat diperkatakan sejak dirinya mula mengikuti profil laman Instagram pemilik kelab itu Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dan juga jurulatih mereka, Esteban Solari.

Jika dibayangkan, Mickey berkemungkinan besar akan dapat berpeluang untuk beraksi di AFC Champions League Elite (ACLE) musim hadapan andai benar menandatangani kontrak bersama kelab itu suatu hari nanti.

Ianya mungkin akan termakbul sekiranya JDT memanfaatkan kepakaran beliau dengan secukupnya dan tidak hanya membiarkannya di bangku simpanan.

Selain itu juga, tidak membenarkannya terus dibayangi pemain sayap yang lain seperti Arif Aiman, Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid.

Peluang buat Mickey pastinya lebih cerah di sana kerana beliau sememangnya layak bermain ditaraf ACLE!

Tidak dilupakan sedikit risiko buat dirinya yang masih belum membiasakan diri dengan perlawanan dan pemain peringkat Asia yang tidak mudah digasak, yang boleh merosakkan reputasi beliau.

Jika Mickey kekal di Selangor musim akan datang dan terus bersaing di ACL2 untuk sekurang-kurangnya setahun atau dua tahun lagi, pastinya beliau mampu mengunakan ‘platform’ itu sebaik mungkin.

Rezeki tidak pernah salah alamat. Boleh jadi ada kelab Asia yang lain yang mahu menarik beliau untuk beraksi bersama?

Atau mungkin juga waktu itu adalah masa yang lebih tepat buat kelab JDT untuk menyambut kehadiran Mickey?