Faisal Halim contoh pemain sentiasa ingat asal usul, tidak lupa bangunkan bola sepak setempat

235

Selepas berakhirnya saingan Liga Super, pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim tidak terus bercuti dari bola sepak apabila dilihat terlibat dalam penganjuran kejohanan  Faisal Halim Cup di tempat beliau membesar, Kampung Mengkuang Titi, Pulau Pinang.

Beliau sempat ditemubual oleh Harimau Malaya ketika hadir memeriahkan kejohanan itu, yang bertujuan menyemarakkan pembangunan akar umbi di kampung kelahirannya itu.


Menurut Faisal Halim atau lebih dikenali sebagai Mickey, beliau mahu mencungkil bakat di kampungnya dan juga di negeri kelahirannya itu.

Katanya, beliau juga turut lahir dari kejohanan seperti itu, jadi beliau mahu membuat perkara sama supaya ramai lagi bakat muda di kawasan itu mampu mencontohi beliau.

Apa yang dilakukan oleh Faisal ini adalalah satu perkara yang wajar dipuji kerana beliau tidak pernah lupa akan asal usulnya walaupun sudah berjaya.

Beliau menjadikan kejayaannya sebagai inspirasi untuk memberi peluang kepada lebih ramai orang peluang untuk mencipta kejayaan.

Inisiatif yang dilakukan oleh Faisal ini harus dijadikan contoh oleh pemain-pemain lain, dalam membantu Pembangunan akar umbi bola sepak di kawasan setempat.

Siapa tahu dengan penganjuran kejohanan seperti ini, peserta yang hadir akan mendapat inspirasi daripada pemain itu sendiri dan turut mengikut jejak pemain idola mereka.