KL City FC sudah bersedia untuk aksi pertama Liga Super – Miroslav Kuljanac

17

Ketua jurulatih KL City FC, Miroslav Kuljanac memberitahu bahawa pasukannya berada pada tahap terbaik untuk aksi pertama Liga Super untuk musim 2024/25.

Menurut Kuljanac, walaupun mereka tewas 1-0 kepada Sabah FC dalam perlawanan final Piala Sabah Maju Jaya (SMJ), namun beliau berpuas hati dengan persembahan pasukannya.


“Pra musim kami cukup dan saya harap tiada pemain yang cedera kerana fokus kami selepas ini adalah aksi pertama Liga Super.

Saya melihat banyak perkara baik dalam pasukan saya, mereka bermain dengan baik dan taktikal yang baik. Biarpun ada pemain import yang cedera tapi saya jangkakan mereka akan pulih sepenuhnya sebelum 12 Mei ini,”

katanya.

Beliau turut memberitahu buat masa ini beliau masih belum mempunyai bayangan untuk kesebelasan utama The City Boys untuk perlawanan pertama menentang Kuching City FC.

Dalam pada itu, Kuljanac berkata walaupun beliau masih belum mempunyai bayangan kesebelasan utama tetapi beliau sudah pun mempunyai percaturan untuk aksi di tempat sendiri nanti.

“Saya ada idea tapi tak boleh kongsi dengan anda semua.”