“KPG juga bimbang dengan situasi ini! Mana boleh menyerah diri dengan Kyrgyz, kita mesti lawan!”

28

Temu bual bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Bin Mohd Amin selepas melawat Faisal Halim di Hospital petang tadi.

Datuk Hamidin menyatakan panggilan seterusnya kem kebangsaan akan lebih berhati-hati terutama dari segi keselamatan pada bulan Jun di dalam negeri dan luar negeri.


Datuk Hamidin berkata KPG tahu yang mungkin Faisal Halim tak akan dapat beraksi dan beliau telah mengenal pasti siapa yang akan menggantikan Faisal Halim pada bulan Jun nanti.

Datuk Hamidin berkata juga mana boleh kita menyerah diri dengan pasukan Kyrgyz, kita mesti lawan. Apa pun dengan usaha, peluang masih 50-50 dengan pasukan Kyrgyz di perlawanan Kelayakan Piala Dunia pada Jun nanti.