Walaupun kalah perlawanan pertama tapi FC Setia Alam mampu juarai Liga Suparimau B-12

198

“Jangan cepat mengalah!” – itulah pendekatan yang digunakan oleh jurulatih FC Setia Alam, Shazwan Wong kepada pemain-pemainnya walaupun berdepan kesukaran.

“Di sini kami terapkan mentaliti fight for ball iaitu pemain akan berjuang untuk setiap bola dan jika terlepas bola, mereka akan dapatkan semula bola itu.

Kami kalah pada perlawanan pertama tetapi kami tak patah semangat dan kemudian kami menang lapan perlawanan berturut-turut sekaligus berjaya menjuarai saingan liga,”

katanya kepada Harimau Malaya.

FC Setia Alam berjaya menjuarai saingan Liga Suparimau B-12 Tigers selepas mengutip 24 mata.


Menurut Shazwan, beliau mempunyai cara tersendiri untuk memastikan pemain-pemainnya sentiasa fokus ketika sesi latihan.

“Kebanyakkan pemain di sini boleh terima cara latihan saya. Bagi saya kita tidak boleh terlalu lembut kerana kita kena buat untuk mereka fokus pada latihan. Tetapi garang saya di dalam padang, apabila di luar saya Shazwan yang lain.”

Ditanya bagaimana beliau mengendalikan situasi apabila ibu bapa menghubunginya bagi bertanyakan mengapa anak mereka tidak bermain, Shazwan berkata perkara itu sama sekali tidak berlaku.

Ini kerana menurut Shazwan, setiap pemain akan mendapat peluang untuk turun beraksi kerana untuk pasukan B-12 mereka mempunyai dua pasukan iaitu pasukan A dan B.

“Pasukan A ini latihan mereka lebih sikit kerana mereka sudah biasa dengan perlawanan di peringkat antarabangsa. Manakala untuk pasukan B, ia lebih kepada pendedahan jadi kami akan beri peluang kepada semua pemain tanpa memberi fokus pada keputusan.”

Dalam pada itu, Shazwan turut mengutamakan disiplin kepada pemain-pemainnya sejak hari pertama mereka masuk ke akademi.

Sekiranya pemain tidak mengikut disiplin, mereka berdepan tindakan tidak akan diturunkan pada hari perlawanan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen