Ahli politik bantu salur dana kepada Perlis United FC

406

Ketua jurulatih Perlis United FC (PUFC), Azizul Abidin berterima kasih apabila ahli politik di negeri itu apabila sanggup mengenepikan fahaman politik demi membantu pasukan itu.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada Lotto yang sanggup menaja kami walaupun di saat-saat akhir. Kemudian badan-badan lain yang sanggup memberi pertolongan termasuklah peminat sendiri yang sanggup beri bantuan seperti bekalan ketika pemain-pemain buat latihan.

Ada juga ahli-ahli politik yang sanggup mengenepikan fahaman dan bersama memberi bantuan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Perlis kini berada di kedudukan ke-enam Liga M3 dalam Kumpulan B yang mana selepas lima perlawanan mereka menang dua kali, satu seri dan dua kalah.


Mereka bagaimanapun telah mengejutkan ramai apabila menumpaskan pasukan Liga Perdana iaitu PDRM FC dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA baru-baru ini.

Dengan prestasi semakin baik, Azizul yakin mereka mampu capai sasaran mereka iaitu naik ke Liga Perdana pada musim hadapan.

Dalam pada itu, penyerang utama Perlis, Mohd Ikmal Ibrahim mengakui berdepan cabaran apabila bergelar sebagai pemain bola sepak separuh masa.

“Kalau ikutkan cabaran memang ada iaitu sedikit letih kerana selepas habis kerja saya terus turun latihan. Kalau ikutkan waktu kerja Sabtu dan Ahad cuti, tapi perlawanan pula pada hari itu jadi saya seperti bekerja tujuh hari berturut-turut.

Sebab minat saya tolak ketepi bab penat dan letih.”

Ikmal juga berkata dirinya sudah bersedia untuk menjadi pemain profesional sepenuhnya sekiranya Perlis berjaya naik ke Liga Perdana.

Sementara itu, walaupun sepanjang bulan Ramadan ini saingan Liga M3 tidak berjalan, namun mereka tetap menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan untuk memastikan pasukan sentiasa berada pada prestasi terbaik.