Kami akan pastikan tak bolos menentang Ulsan Hyundai – Shane Lowry

2,896

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shane Lowry memberitahu bahawa beliau dan barisan pertahanan akan memastikan gawang mereka tidak dibolosi apabila menentang Ulsan Hyundai dalam perlawanan kedua kumpulan dalam saingan AFC Champions League (ACL).

Tugas saya dan barisan pertahanan adalah untuk pastikan benteng tidak ditembusi dan kami mahu kekalkan clean sheet sehingga tamat perlawanan.

katanya.

Tambahnya lagi, beliau teruja untuk beraksi menentang gergasi dari Korea Selatan itu dan mahu buktikan bahawa JDT mampu menyaingi mereka.


Dalam pada itu, ketua jurulatih Benjamin Mora pula menyuarakan keyakinan terhadap kemampuan anak buahnya dan mahu mengekalkan rekod tanpa kalah JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dalam saingan ACL.

“Tidak dinafikan mereka adalah sebuah pasukan yang hebat dan kami akan jangkakan mereka akan beraksi dengan baik sekali. Ya, mungkin pada perlawanan pertama menentang Kawasaki Frontale mereka tampak bergelut sedikit berkemungkinan besar kerana cuaca panas.

Tetapi apabila beraksi di SSI nanti, pasti mereka akan pamerkan aksi sebenar mereka.”

Mora berkata, mereka sudah pun bersedia dengan segala kemungkinan menentang Ulsan nanti dan mereka mahu terus cipta sejarah kerana percaya JDT mempunyai barisan pemain yang cukup berkualiti.

JDT membuka tirai kempen ACL mereka dengan langkah kanan apabila berjaya membelasah Guangzhou FC 5-0 di hadapan lebih belasan ribu penonton yang hadir bagi memberi sokongan kepada skuad Harimau Selatan.

Selain menentang juara dua kali ACL, JDT juga bakal berdepan dengan Kawasaki pada 21 April ini.