Apa terjadi dengan Penang?

268

Pada musim ini semua dikejutkan dengan pencapaian Pasukan Harimau Kumbang itu yang berjaya mendapat top 3 di Liga Super mengatasi pasukan pilihan yang lain lalu melayakkan mereka untuk bertanding dalam kejohanan Piala Malaysia. Apabila mulanya aksi Piala Malaysia, skuad Penang ini tidak berada di prestasi terbaik mereka seperti di Liga Super. Mereka seakan ada sesuatu yang tidak kena sehingga menyebabkan prestasi Penang merudum teruk di Piala Malaysia ini. Malahan, para pemain turut angkat kaki untuk menyertai pasukan lain.

Penang berjaya menarik perhatian ramai setelah menunjuk prestasi yang menakjubkan akan tetapi serba serbi tidak kena apabila bermulanya Piala Malaysia. Apakah yang telah terjadi di dalam Pasukan Penang ini. Segelintir penyokong kuat Harimau Kumbang mengatakan terdapat salah faham di dalam pengurusan dan kejururatihan. Selain itu, semenjak kemasukan Pengarah Teknikal untuk Penang jurulatihnya Tomas Trucha lebih cenderung untuk mengikut dan mendengar cakap Pengarah Teknikal tersebut berbanding staf kejurulatihannya sendiri yang lebih memahami situasi dalam Penang FC ini. Justeru berlaku ketegangan diantara jurulatih dan para pemain.


Sumber foto : Penang Football Club

Akibat dari ketegangan yang berlaku dalam skuad, para pemain mula berasa tidak seronok untuk bermain bagi Harimau Kumbang lantas banyak pemain terutamanya pemain utama mula mencari angin baru untuk beraksi bersama kelab lain. Malahan, para pemain Penang juga turut mempamerkan aksi cemerlang semasa dalam perlawanan lalu menarik perhatian pihak kelab lain untuk mendapatkan pemain antaranya adalah Amer Azahan, Al-Hafiz Harun, Sam Somerville, Endrick Dos Santos dan Khairu Azrin. Malahan, pengurusan Penang harus bertindak segera dengan mengenal pasti pemain yang terbaik bagi menggantikan para pemain yang meninggalkan pasukan.

Penang harus mencari jalan penyelesaian yang segera bagi mengelak mereka kembali ke Liga Perdana. Mereka perlu belajar atau ingat akan sejarah hitam yang menimpa skuad Harimau Kumbang ini apabila pengurusan gagal kemudiannya memberi kesan yang buruk kepada pasukan. Selain itu, terdapat ura-ura bahawa jurulatih Penang akan digantikan oleh Chong Yee Fat dan Tomas Trucha bakal menjadi Pengarah Teknikal terbaru. Kita nantikan bersama-sama adakah Penang akan bertukar jurulatih atau sebaliknya.