Siapakah Endrick Dos Santos?

527

Endrick Dos Santos yang berasal daripada negara Brazil dan mula berhijrah ke Malaysia pada tahun 2018 untuk beraksi bersama pasukan Felcra FC. Endrick yang baru berumur 23 tahun ketika itu bermain di posisi tengah menyerang mampu beraksi dengan baik untuk Felcra FC di mana mencatatkan sebanyak 19 penampilan. Setelah persembahan hebatnya bersama Felcra FC, Endrick mula menarik minat pemerhati bola sepak yang ada dalam kancah Liga Malaysia untuk menandatangani sebagai pemain yang berkualiti.

Pada tahun 2019, Endrick telah berpindah ke Selangor ketika itu di bawah bimbingan B. Satiananthan. Sumbangan beliau dalam padang unuk Selangor amat memberangsangkan dengan mencatat 14 penampilan serta menjaringkan 4 gol. Jika dikira dari jumlah jaringan gol mungkin sedikit tetapi kualitinya diatas padang yang banyak memain peranan dalam mencipta ruang dan peluang untuk rakan sepasukan menjaringkan gol adalah sesuatu yang sukar dicari dari pemain lain.


Sumber Foto : Goal.com

Pada tahun ketiganya di Malaysia, Endrick terus disambar oleh Penang pada Ketika itu beraksi di Liga Premier. Seperti yang kita tahu kualiti permainan Endrick Dos Santos ini sangat cemerlang sehingga membawa Penang memenangi gelaran Liga Premier pada tahun 2020. Malahan rekodnya juga turut cemerlang dengan 10 penampilan dan 8 gol yang berjaya diraihnya. Justeru menjadi watak penting dalam setiap perlawanan untuk Penang.

Setelah berjaya membawa Penang merangkul kejuaraan Liga Premier, Endrick sekali gus dikaitkan dengan perpindahan ke JDT atas persembahannya yang memukau. Malahan beliau turut mencuri tumpuan Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang akan membawanya ke JDT sebagai pemain naturalisasi. Disini timbul pelbagai gosip mengatakan bahawa Endrick telah dibeli oleh JDT dahulu tetapi mengapa tidak membawanya ke skuad JDT. Lantas Penang telah menyatakan pendiriannya bahawa Endrick Dos Santos masih merupakan pemainnya yang sah sehingga tahun 2022 tamatnya kontrak. Sehinggalah pihak JDT mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan merekrut Endrick pada tahun 2023 dengan kemungkinan dinaturalisasikan. Berpadanan dengan fokus JDT terhadap menaturalisasi pemain masih muda dan pemain yang boleh beraksi untuk jangka masa panjang. Jadi kemana hala tuju Endrick Dos Santos di dalam kancah bola sepak negara.

Sumber foto : Penang Football Club