Tiada lagi masalah antara jurulatih? Penang FC beri sinar harapan baru

199

Saingan Piala Malaysia 2021 menyaksikan kejatuhan pasukan Penang FC secara mendadak walaupun mereka pada mula menjadi pilihan sebagai salah sebuah pasukan yang dijangka mampu melepasi peringkat kumpulan selepas mengejutkan ramai apabila berjaya menduduki tangga ketiga Liga Super walaupun hadir sebagai pendatang baru.

Prestasi buruk yang ditampilkan oleh skuad Tomos Trucha dikatakan berpunca daripada masalah dalam Penang FC sendiri apabila didakwa ada campur tangan pihak pengurusan terhadap keputusan jurulatih.


Sumber foto: Penang FC Facebook

Bagaimanapun tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai isu ini dan pelbagai spekulasi timbul di kalangan peminat yang merasakan Trucha akan digantikan dengan jurulatih lain. Tetapi kini semuanya sudah terjawab apabila Penang FC telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai barisan kejurulatihan dan pengurusan untuk kempen Liga Super 2022.

Penang FC akan mengekalkan ketua jurulatih mereka iaitu Trucha dan Manzoor Azwira sebagai penolong jurulatih dan melantik penolong jurulatih II iaitu Chong Yee Fatt yang akan menggantikan tugas Akmal Rizal yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Piala Presiden.

Sumber foto: Penang FC Facebook

Pihak pengurusan Penang FC juga telah memilih Manzoor Azwira dan Akmal Rizal untuk mengikuti kursus kejurulatihan AFC Pro Diploma sebagai program kesinambungan kepimpinan pada tahun 2023.

Dalam kenyataan sama, Penang FC juga telah mendedahkan bahawa Manzoor Azwira akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih selepas selepas kursus AFC Pro Diploma untuk kempen Liga Super 2023.

Dalam pada itu, Haji Kamal Kalid juga telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal yang baru bagi menggantikan Gobiraj yang kini akan memegang jawatan sebagai pengurus pasukan Piala Preseiden Penang FC.

Sumber foto: Penang FC Facebook

Nampaknya dengan kenyataan terbaru ini menyaksikan segala perbalahan antara pihak pengurusan dan kejurulatihan sudah baik seperti sedia kala dan ini memberi satu sinar harapan baru buat peminat bola sepak Pulau Pinang yang sememangnya mahu melihat pasukan mereka terus mempamerkan aksi terbaik.

Mengambil maklum keluhan dan kritikan peminat, pihak pengurusan juga akan mengadakan satu sesi dialog bersama kumpulan penyokong, laman rasmi penyokong dan pengkritik serta pihak media dalam masa terdekat ini.

Mampukah Penang FC akan mempamerkan prestasi cemerlang seperti untuk kempen Liga Super 2022? Sama-sama kita tunggu dan lihat.