Penggempur baru Kedah Darul Aman

304

Pasukan Kedah Darul Aman FC telah kehilangan dua penyerang utamanya iaitu Kpah Sherman dan Kipre Tchetche. Lantas Aidil Sharin harus mencari pengganti segera kerana musim 2022 akan bermula tidak lama lagi. Sudah semestinya Kedah mempunyai perancangan sendiri tentang siapakah bakal menjadi penyerang utama mereka. Adakah masih mengharap kepada awang import atau menaruh kepercayaan kepada pemain tempatan.

Buat masa sekarang kedah masih belum membeli seorang penyerang samada dari luar negara mahupun pemain tempatan. Tetapi Skuad Hijau Kuning ini sedang memantau rapat bekas penyerang Pahang iaitu Matheus Alves berasal dari Brazil. Kini Alves sedang beraksi bersama Kelab Chungnam Asan di Liga Kedua Korea. Statistiknya bersama pasukan Tok Gajah agak memberangsangkan dengan berjaya merekodkan 18 gol dan 10 bantuan gol dalam liga. Data menunjukkan Alves seorang penyerang yang berbahaya apabila di hadapan pintu gol. Matheus Alves mampu menjadi aset untuk pasukan Kedah Darul Aman tambahan mereka akan beraksi di Piala AFC. Sehubungan dengan itu, pengalaman Alves memang sangat diperlukan untuk pasukan Kedah bagi menghadapi cabaran getir di Piala AFC kelak.


Sumber Foto : Pahang FA

Penyerang sensasi JDT Syafiq Ahmad turut hangat diperkatakan bahawa beliau bakal kembali ke negeri jelapang padi ini untuk beraksi bersama rakan-rakan lamanya. Semua sudah tahu akan kualiti yang ada pada Syafiq Ahmad dan kerajinan beliau melakukan tekanan dalam setiap perlawanan seringkali mendapat pujian. Kedah Dan JDT sekarang berada dalam fasa perbincangan bagi mendapatkan Syafiq Ahmad beraksi untuk Kedah Darul Aman. Semestinya penyokong Hijau Kuning tidak sabar menanti kehadiran semula penyerang kesayangan mereka ini untuk melihat aksi-aksi hebatnya. Malahan situasi sekarang juga seakan tepat pada masanya. Syafiq Ahmad amat diperlukan oleh Kedah Darul Aman bagi mengisi slot penyerang yang kosong ditinggalkan oleh Kpah dan Kipre. Kehadiran Syafiq Ahmad dalam kem Hijau Kuning ibarat memberi satu sinar baru buat Kedah Darul Aman.

Sumber Foto : Johor Southern Tigers

Penyerang yang terpilih untuk mengemudi Kedah akan memikul tugas besar untuk mencetak gol terutama dalam saingan Liga Super. Malahan, permainan yang di tunjukkan hendaklah sentiasa berkualiti tinggi jika kerana Kedah Darul Aman FC akan beraksi di Piala AFC dan semestinya seluruh pasukan ingin pergi jauh dalam Kejohanan AFC.