Manchester United ‘tumpang’ populariti Ryan Bakery, guna Bahasa Melayu di TikTok

20,796

Bagi mereka yang sering melayari platform media sosial TikTok, nama Ryan Bakery adalah satu nama yang cukup dikenali kerana mencipta fenomena dalam mencipta kandungan digital.

Beliau terkenal dengan video lucunya yang sering menampilkan video parodi pendek mengimbas kembali zaman kanak-kanak.


Baru-baru ini, beliau sekali lagi mendapat perhatian selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United menggunakan suara latar daripada videonya yang berbunyi: “Smart woo”.

Kelab itu menggunakan suara tersebut dalam video jaringan Jadon Sancho ketika bertemu Liverpool baru-baru ini.

@manutd

Smart woo, Sancho. ๐Ÿฅถ

โ™ฌ original sound – ryanbakery – ๐™๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐˜ฝ๐™–๐™ ๐™š๐™ง๐™ฎ

United juga turut menggunakan kapsyen berbahasa Melayu di video tersebut yang tertulis “TUNJUK SKILLโ€.

Ternyata rakyat Malaysia begitu bangga kerana TikToker kegemaran ramai itu berjaya menarik perhatian kelab besar seperti United.

Ada juga yang merasakan bahawa mungkin salah seorang staf yang menjaga akaun TikTok United merupakan rakyat Malaysia.

Ryan, 27, mula menceburkan diri dalam penciptaan kandungan di TikTok selepas diberhentikan daripada sebuah syarikat penerbangan akibat Covid-19.

Selepas mula terkenal, beliau kini turut menjadi buruan penerbit dan pengarah filem, bakal membintangi filem Zim Zim Ala Kazim arahan Mawi.

Apa yang dikecapi oleh Ryan ini adalah satu perkara yang amat membanggakan dan mampu menjadi inspirasi buat orang ramai.