Jangan ‘menangguk di air keruh’ demi kepentingan diri

253

Nampaknya nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris terus dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila dikatakan memilih Bojan Hodak sebagai calon terbaik kemudi pasukan Harimau Malaya.

Perkara itu menjadi sebutan ramai selepas bekas pemain kebangsaan, Hairuddin Omar memuat naik satu perkongsian di media sosialnya mengenai perbualannya bersama TMJ ketika beliau mempunyai urusan bola sepak di Johor.


Sumber foto: Hairuddin Omar Facebook

TMJ tidak menunggu lama apabila tampil menyangkal perkongsian tersebut di media sosial dan menegaskan bahawa baginda tiada kena mengena dengan pasukan kebangsaan dan tidak ada sebarang pandangan.

Jelas baginda lagi, fokusnya kini adalah membantu mangsa-mangsa banjir dan persiapan sekiranya Johor dilanda banjir.

Sumber foto: TMJ Instagram

Menerusi perkongsian TMJ dia media sosial miliknya, baginda turut berkongsi foto-foto baginda bersama pasukan keselamatan dan agensi-agensi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Sumber foto: TMJ Instagram

Kenyataan TMJ ini memberi gambaran bahawa baginda tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan situasi semasa pasukan Malaysia kerana baginda mahu menjalankan tugasnya membantu rakyat yang sedang mengalami kesusahan ketika ini.

Sumber foto: TMJ Twitter
Sumber foto: TMJ Twitter

Jadi harap semua orang tidak kira siapa termasuklah pemain bola sendiri, harap tidak cuba mencari perhatian dengan menggunakan nama orang demi kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan situasi yang berlaku dalam negara ketika ini.

Sumber foto: TMJ Twitter
Sumber foto: TMJ Twitter