Saya dah tak nak kekal di Sarawak United, dah berapa tahun sama saja, masalah pun belum selesai – Shamie Iszuan

4,407

Pemain sayap kebangsaan, Nur Shamie Iszuan mendedahkan bahawa beliau akan berhijrah ke pasukan lain musim depan untuk mencuba ‘angin baru’.

Menurutnya, beliau mengembangkan lagi bakat beliau bersama pasukan lain dan mengakui masalah yang berlaku dalam kelab itu masih lagi belum selesai.


“Ini adalah peluang untuk saya tunjukkan lagi bakat saya. Saya dah tak nak dah kekal di sana kerana kita lihat sudah berapa tahun sama saja.

Saya nak cuba sesuatu yang baru, nak main dengan pasukan lain pula. Masalah yang berlaku dalam pasukan saya boleh katakan masih belum selesai,”

katanya.

Dalam pada itu, beliau merasakan panggilan ke skuad kebangsaan kali ini adalah satu peluang buatnya untuk menunjukkan kebolehannya setelah hanya diletakkan dalam senarai bersedia sebelum ini.

Beliau mengakui teruja dan sedikit terkejut apabila dipanggil kerana pasukan kebangsaan mempunyai ramai pemain yang baik.

“Ini peluang buat saya sebab ramai pemain yang tak dipanggil, saya akan tunjukkan yang saya boleh sesuaikan diri dengan pasukan kebangsaan dan saya akan cuba isi ruang kekosongan.

Walaupun saya dari pasukan kecil dan kurang diberi perhatian, Kim Pan-gon tetap nampak pemain yang boleh mewakili negara,”

Shamie berkata, beliau akan berusaha untuk memastikan nama beliau tersenarai dalam senarai 23 pemain untuk dibawa ke Piala AFF.

Katanya, terdapat beberapa pemain yang pernah menjadi rakan sepasukannya dalam skuad kali ini seperti Safawi Rasid, jadi ia sedikit sebanyak membantunya untuk menyesuaikan diri.

Beliau berharap diberi peluang untuk menunjukkan kebolehannya pada perlawanan persahabatan menetang Kemboja Sabtu ini, walaupun hanya sebagai pemain gantian.