Saya mahu terus konsisten untuk bantu pasukan menentang Vietnam nanti – Safawi Rasid

1,058

Ketua pasukan kebangsaan, Safawi Rasid bersyukur apabila beliau kini berada pada prestasi terbaik selepas melakukan tiga bantuan gol selepas dua perlawanan menyaksikan Malaysia berjaya menang dalam kedua-dua perlawanan dalam kejohanan Piala AFF 2022.

Dalam perlawanan kedua Kumpulan B malam tadi, skuad Harimau Malaya berjaya membelasah pasukan Laos 5-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Safawi bagaimanapun terus konsisten dan mahu bantu pasukan untuk memperoleh keputusan positif pada perlawanan ketiga menentang gergasi Vietnam 27 Disember ini.

“Saya nak berterima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak bantu saya. Ia bukan mudah, tapi tiga bantuan gol dalam dua perlawanan, jadi saya mahu teruskan momentum ini. Saya bangga dengan pasukan pada hari ini.

Untuk perlawanan seterusnya menentang Vietnam, kita akan ikut taktikal coach siapa main atau siapa tidak. Tekad saya adalah untuk bantu pasukan negara habis-habisan pada perlawanan menentang Vietnam nanti,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, pemain berusia 25 tahun itu mengakui tekanan sentiasa ada setiap kali turun beraksi, namun beliau menjadikan tekanan itu sebagai semangat buat dirinya.

“Bagi saya setiap perlawanan ada tekanan tapi saya ambil perkara itu sebagai semangat untuk memberi sesuatu kepada pasukan.”