Saya harap rakyat Indonesia di Malaysia beramai-ramai turun stadium esok, kami akan hiburkan anda – Rachmat Irianto

1,732

Pertahanan Indonesia, Rachmat Irianto berharap rakyat Indonesia yang berada di Malaysia dapat turun beramai-ramai untuk memenuhkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada perlawanan Piala AFF menentang Brunei esok.

Menurutnya, para pemain pastinya teruja jika melihat ramai penyokong hadir dan berjanji akan menyajikan satu permainan yang menghiburkan.


“Semoga esok stadium dipenuhi dengan para penyokong Indonesia, kami amat gembira jika penyokong dapat hadir beramai-ramai ke stadium.

Kami akan tunjukkan kepada mereka permainan yang baik dan akan hiburkan mereka yang hadir,”

katanya.

Sementara itu, beliau tidak mahu memandang rendah keupayaan Brunei dan menganggap pasukan itu mempunyai motivasi yang lebih tinggi selepas tewas dua perlawanan pertama.

Justeru, beliau mahu semua pemain melakukan yang terbaik dalam perlawanan kedua mereka itu.

“Adalah penting kita tidak memandang rendah keupayaan mereka kerana mereka mempunyai motivasi yang lebih tinggi untuk menentang kami.

Kami harus fokus terhadap pasukan dan ikut apa yang mahu diterapkan oleh jurulatih.”

Indonesia akan turun pada perlawanan Piala AFF 2022 mereka menentang Brunei esok pada pukul 6 petang di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.