Kenny Pallraj luah hasrat mahu kembali sarung jersi Perak FC satu hari nanti

813

Pemain tengah KL City FC, Kenny Pallraj meluahkan hasrat untuk kembali menyarung jersi Perak FC sekiranya mendapat peluang tersebut satu hari nanti.

Menurut Kenny, walaupun beliau sudah dua musim meninggalkan kelab itu, namun beliau masih lagi memasang impian untuk kembali ke Ipoh, Perak.


Itu memang impian sayalah. Bagi saya, saya nak. Bila-bila masa, saya nak balik Perak juga. Kalau kena tepat pada masa dan situasinya, saya akan balik ke Perak,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Kenny memulakan kariernya bola speak profesional bersama skuad Piala Presiden pada 2012 pinga 2014 sebelum menyertai pasukan Harimau Muda pada tahun 2015.

Bagaimanapun pemain berusia 29 tahun itu kembali menyertai pasukan Perak FC pada tahun 2016 hingga 2021 yang menyaksikan beliau meraih pelbagai kejayaan termasuk naib juara Liga Super 2018, juara Piala Malaysia 2018, juara Piala FA 2019 dan naib juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2019.

Kenny kemudian terpaksa membuat keputusan yang cukup sukar dalam kariernya karier bola sepaknya apabila terpaksa berhijrah ke KL City FC selepas skuad The Bos Taurus itu mengalami masalah kewangan yang teruk.

“Memang keputusan yang paling sukar yang saya perlu buat selama saya main bola kerana tidak pernah terfikir akan keluar dari Perak. Saya ambil masa lama untuk buat keputusan itu.

Tapi apabila sampai satu tahap saya fikir mengenai diri saya dan pasukan, akhirnya saya terpaksa keluar.” 

Menyertai KL City di bawah kendalian Bojan Kodak, Kenny terus mencipta kejayaan demi kejayaan termasuk menjuarai Piala Malaysia 2021 dan menjadi naib juara Piala AFC 2022.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai Perak FC yang baru selepas diambil alih oleh syarikat telekomunikasi gergasi XOX Berhad, beliau melihat pasukan itu akan kembali bangkit dalam saingan Liga Super musim ini.

Pengurusan Perak yang serius untuk membina semula pasukan itu telah melantik bekas jurulatih remaja Bayern Munich yang juga bekas pemain kebangsaan, Lim Teong Kim (LTK) menjadi ketua jurulatih baru pasukan itu.

“Saya secara peribadi tidak pernah bekerja di bawah LTK tetapi percha lihat kerja-kerjanya dengan pasukan remaja. Tidak dinafikan mengendalikan pasukan remaja dan skuad senior adalah berbeza, namun saya harap beliau akan gunakan segala pengalaman dan ilmu yang ada untuk beri yang terbaik buat Perak.”

Selain LTK, Perak juga baru sahaja mengumumkan pelantikan penolong ketua jurulatih, V. Saravanan yang juga merupakan bekas pemain lagenda Perak.

Sementara itu, Kenny juga sempat berkongsi mengenai memori manisnya yang tidak dapat dilupakan ketika bersama Perak iaitu ketika mereka menjulang Piala Malaysia pada tahun 2018 selepas berjaya menewaskan Terengganu FC di perlawanan akhir.

Pada perlawanan tersebut, Perak ketinggalan 2-0 pada awal perlawanan, namun berjaya melakukan kebangkitan sehingga mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 yang menyaksikan mereka berjaya menang 4-1.

“Semangat kekeluargaan yang ada di dalam bilik persalinan dan sokongan yang diberikan antara satu sama lain telah membuatkan kesemua pemain bermain mati-matian untuk menang pada malam itu.”

Untuk musim 2023, Kenny akan bersama skuad The City Boys kerana masih mempunyai kontrak bersama pasukan itu untuk semusim lagi.