Piala AFF satu pengalaman berharga, harap dapat wakili Malaysia pada Piala Asia selepas ini – Lee Tuck

831

Pemain bola sepak kebangsaan, Lee Tuck berharap akan dapat mewakili negara lagi pada kejohanan Piala Asia akan datang.

Menurutnya, pengalaman bersama skuad kebangsaan di Piala AFF adalah amat berharga yang beliau akan kenang sepanjang hayatnya.


“Ia satu pengalaman yang hebat, 45 hari bersama rakan-rakan dan jurulatih, ia satu peluang yang sukar dilupakan. Saya rasa kami telah tunjukkan semangat berpasukan dan kesungguhan bermain untuk negara.

Saya bangga dengan semua pemain dan bangga dapat menjadi sebahagia daripada skuad ini, malangnya kami tidak dapat teruskan kemaraan. Tetapi kami harus lihat ke hadapan dan terus berusaha keras,”

katanya.

Menurutnya, antara memori pada kejohanan ini yang akan dikenang adalah bermain di hadapan 65,000 pneyokong yang merupakan impian setiap pemain.

Beliau menghargai sokongan yang ditunjukkan oleh seluruh penyokong yang sentiasa berada di belakan mereka untuk memberi semangat.

“Kami mengembara ke beberapa negara berbeza, lawan pasukan yang berbeza dengan sokongan padu daripada penyokong dalam setiap perlawnanan.

Mereka memang sangat hebat, bermain di hadapan lebih 65,000 penyokong adalah impian setiap pemain, kejohanan ini adalah satu pengalaman yang istimewa.”

Sementara itu, Lee Tuck berkata beliau harus bekerja keras untuk membuktikan dirinya dengan pasukan baru, Kedah Darul Aman FC pada musim 2023.

Beliau berkata, motivasinya kini lebih tinggi untuk bermain dengan Kedah bagi membuktikan beliau masih layak mewakili Malaysia selepas ini.