Azurin Mazlan bakal berkelana ke kelab China pula?

459

Penjaga gol skuad bola sepak Wanita kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan dikhabarkan bakal bermain untuk sebuah kelab bola sepak di China selepas kontraknya tamat di India.

Berita itu diberitahu oleh bekas jurulatih Azurin iaitu Sam Michael Ampuling di dalam ruangan komen Facebook, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


Sumber foto: Sam Michael Ampuling Facebook

“Azurin ini anak didik saya sejak dia berusia 12 tahun lagi. Dia hubungi saya memaklumkan dirinya akan ke India. Selepas di India saya akan bawa dia masuk ke China, main di liga sana dan berkemungkinan bermain dengan kelab yang saya sedang latih ketika ini.”

tulisnya.
Sumber foto: FAM Facebook

Sam Michael kini merupakan jurulatih untuk sebuah kelab bola sepak profesional di China iaitu Guizhou Football Club.

Terdahulu pemergian Azurin ke India telah menimbulkan persoalan peminat apabila dikatakan FAM terlepas pandang dan tidak ambil peduli.

Susulan itu, ramai peminat membanjiri di ruangan komen Facebook FAM termasuklah bekas jurulatih Azurin sendiri iaitu Sam Michael.

Sumber foto: FAM Facebook

Dalam komen oleh Sam Michael, beliau turut mendedahkan bahawa Azurin sememangnya mahu mengembangkan karier bola sepaknya di luar negara dek liga bola sepak di Malaysia tidak berkualiti. Pada masa sama beliau menyokong penuh tindakan Azurin untuk berkelana ke luar negara untuk menimba pengalaman.

“Macam saya kalua saya masih kekal di FAM, maka tiadalah kemajuan saya dapat. Sebab itu saya sanggup terima tawaran dari luar negara untuk tingkatkan prestasi sebagai jurulatih.”

Sumber foto: Azurin Mazlan Instagram

Azurin yang berusia 21 tahun merupakan salah seorang penjaga gol utama negara sejak beberapa tahun lalu dan pernah bermain utnuk pasukan kebangsaan di beberapa kejohanan besar seperti Sukan SEA, Piala AFF dan banyak lagi.

Malah Azurin juga pernah dinobat sebagai Pemain Wanita Terbaik di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) pada tahun 2015.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen