Kehadiran JDT meriahkan lagi arena futsal negara, tetapi Selangor Mac mahu pertahan kejuaraan – Fariq Muhd

247

Ketua pasukan Selangor Mac, Fariq Muhd mengakui kehadiran Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam bidang arena futsal Malaysia mampu membawa kelainan kepada sukan itu di negara ini.

Katanya, JDT merupakan satu jenama yang besar justeru orang akan berminat untuk mengetahui tentang pasukan itu, seterusnya mengenai arena futsal itu sendiri.


“Sudah tentu dengan kedatangan JDT dalam arena futsal negara ia boleh membawa impakn untuk sukan ini.

Lebih ramai yang berminat untuk tahu dan tertanya-tanya siapa pemain mereka, jadi saya harap arena futsal kita lebih meriah dan semakin sengit,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau bagaimanapun bertekad untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) yang dimenangi oleh Selangor Mac musim lalu.

Katanya, setakat ini persiapan pasukan berada dalam keadaan yang baik dan boleh serasi dengan ketua jurulatih baru, Edgar Baldasso.

“Kami baru habis jalani pramusim di Indonesia dan saya lihat semua pemain terutama pemain baru mudah menerima apa yang diajar oleh jurulatih.

Saya bangga apabila pemain muda juga boleh menyesuaikan diri dengan corak permainan jurulatih dengan cepat.”

Sementara itu, beliau mengakui sedih apabila rakan sepasukan, Khairul Effendy atau lebih dikenali sebagai Ayon terpaksa berehat gara-gara kecederaan ACL.

Beliau berharap Ayon segera bangkit dan kembali membantu mereka apabila sembuh nanti.