‘Pay per view’ satu inisiatif yang bagus, tetapi adakah kelab dan penyiar sudah bersedia?

228

Ketika ini, semua kelab di Liga Super sedang sibuk melakukan persiapan seperti latihan pra-musim bagi menghadapi musim baru liga yang bakal membuka tirainya pada 24 Februari ini.

Selain daripada melakukan latihan, mereka juga turut melakukan perlawanan persahabatan pra-musim untuk menguji keserasian pemain.


Pada masa sama, ada juga beberapa pasukan yang mengambil inisiatif untuk melakukan menyiarkan siaran langsung secara pay per view untuk perlawanan pra-musim yang telah diatur bagi memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi.

Ia merupakan inisiatif yang bagus kerana ia boleh membantu pasukan menjana pendapatan yang lebih.

Rata-rata penyokong juga dilihat sudah bersedia untuk menerima konsep tersebut yang mana mereka sanggup mengeluarkan wang untuk bayar bagi menonton perlawanan membabitkan pasukan kesayangan mereka.

Dengan ini peminat akan dapat mengikuti perkembangan semasa pasukan mereka sekaligus mendapat gambaran kekuatan skuad sebelum saingan liga bermula.

Antara kelab yang melakukan inisiatif tersebut ialah Kedah Darul Aman FC, Perak FC, Kelantan FC dan Penang FC.

Namun, isu yang sering timbul apabila peminat tidak dapat menonton siaran langsung pay per view membabitkan beberapa pasukan dek adalah kualiti siaran langsung tersebut.

Kualiti yang disajikan kepada penonton tidak cukup bagus kerana siaran langsung sering kali ‘stuck’ dan juga kualiti video yang tidak jelas.

Bukan itu sahaja, ada juga peminat yang tidak dapat akses masuk untuk menyaksikan siaran langsung tersebut kerana masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak penyiar, sekaligus membuatkan ramai yang kecewa.

Walaupun pihak kelab tampil membuat permohonan maaf termasuk memulangkan semula wang peminat, namun ia sedikit sebanyak melunturkan kepercayaan peminat terhadap konsep baru ini dan jika ia tidak diatasi, berkemungkinan besar peminat tidak akan membeli lagi siaran langsung.

Apa yang boleh dirumuskan ketika ini adalah konsep per per view yang diperkenalkan adalah satu inisiatif yang cukup baik tetapi pihak kelab dan penyiar dilihat seperti belum bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Mungkin mereka perlu membuat percubaan terlebih dahulu dengan memberi akses percuma untuk perlawanan pertama bagi memastikan siaran langsung berjalan dengan lancar tanpa sebarang isu sebelum mengenakan bayaran untuk perlawanan seterusnya.

Diharap kelab serta penyiar siaran langsung pay per view ini dapat memperbaiki segala kelemahan mereka dan dapat memberikan kualiti yang terbaik pada masa akan datang.