Bukan setakat peminat, Lee Zii Jia turut ‘diserang’ oleh bekas jurulatih, harap tak jejas persiapan untuk Olimpik Paris 2024

518

Jaguh perseorangan negara Lee Zii Jia bukan sahaja ‘diserang’ ketika berada di dalam gelanggang malah beliau kini turut ‘diserang’ ketika berada di luar gelanggang juga.

Zii Jia sering menjadi mangsa kritikan oleh segelintir peminat badminton negara ekoran beliau gagal mempamerkan aksi terbaiknya dan sering kali tersingkir awal di kejohanan yang disertainya.


Persembahannya juga kadangkala sering dipertikaikan kerana mereka menganggap yang gaya permainannya seperti tidak berubah.

Bukan itu sahaja, pemain berusia 25 tahun itu kini turut berdepan ‘serangan’ oleh bekas jurulatihnya pula iaitu Indra Wijaya.

Terbaru menerusi laporan New Straits Times, Zii Jia mengesahkan yang beliau sudah menerima surat saman daripada bekas jurulatihnya dan memaklumkan yang pasukan undang-udangnya akan menguruskan hal tersebut.

Beliau disaman oleh Indra kerana dikatakan telah melanggar kontrak dan kontrak itu sepatutnya kekal sehingga 2024 namun, Zii Jia mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak itu lebih awal dan bergerak tanpa jurulatih pada November 2022.

Perkara ini sudah pasti mengejutkan ramai pihak kerana tiada sangka menjangkakan perkara ini akan berlaku.

Dan ketika ini pretasi Zii Jia juga tidak menentu, namun berharap perkara ini tidak akan menganggu kosentrasi beliau untuk bangkit mencari rentak permainan terbaiknya.

Beliau juga tidak mempunyai rekod yang baik untuk tahun ini di mana beliau telah tersingkir di pusingan awal untuk tiga kejohanan iaitu Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Master Indonesia.

Kutipan mata untuk kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 akan bermula pada 1 Mei dengan Piala Sudirman akan menjadi kejohanan pertama yang menawarkan mata kelayakan dan diharap Zii Jia sudah kembali ketahap permainan sebenarnya untuk beliau mengutip mata kelayakan.

Juara All England 2021 ini juga masih lagi perseorangan terbaik lelaki negara ketika ini dan beliau merupakan salah seorang harapan negara untuk temasya Olimpik Paris 2024

Diharap kedua-dua pihak iaitu Zii Jia dan Indra dapat menyelesaikan isu ini dengan baik tanpa perlu ke mahkamah kerana kedua-dua mereka telah banyak berjasa kepada negara.

Untuk rekod, Zii Jia dijangka akan menyertai Kejohanan Terbuka German pada 7 sehingga 12 Mac dan seterusnya akan terbang ke Birmingham untuk menyertai Kejohanan All England pada 14 sehingga 19 Mac.