Kita tak bezakan jenis sukan dalam Bajet 2023, harap kerajaan baharu beri bajet lebih kepada KBS – Hannah Yeoh

156

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap kementeriannya akan memperolehi bajet yang lebih banyak daripada kerajaan baharu yang akan diumumkan esok.

Beliau berkata, pihaknya tidak meminta bajet yang berbeza untuk sukan-sukan tertentu tetapi untuk pembangunan semua sukan secara inklusif.


“Kami di pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memang mengharapkan kerajaan baharu dapat memberi bajet yang lebih supaya kita mempunyai dana yang mencukupi untuk memajukan sukan dan belia di negara ini.

Apabila kita memohon juga, kita mohon untuk pembangunan semua sukan, tiada pula kata nak beri bola sepak atau badminton lebih, dan juga kita tak lupakan pembangunan belia,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Pada Oktober tahun lalu, kerajaan terdahulu memperuntukkan RM332 juta bagi melaksanakan program latihan serta fasiliti sukan negara pada tahun 2023.

Sementara itu, Hannah juga berkata bahawa pihaknya telah merancang pelbagai aktiviti untuk memastikan aktiviti sukan boleh diakses oleh semua golongan.

“Kita ada banyak program yang telah dirancang tetapi kita akan lancarkan dalam masa 100 hari pentadbiran baharu, jadi dalam masa terdekat ini kita akan umumkan.

Tetapi kita telah mula bergerak selepas kita adakan banyak sesi townhall untuk mendengar hasrat badan sukan serta atlet, dan kita sedang melakukan perkara itu satu persatu.”

Menurutnya, antara program yang akan dilancarkan adalah program khas untuk suri rumah, dalam memastikan mereka aktif dalam aktiviti sukan.

Katanya, inisiatif itu sedang diusahakan dan akan diumumkan kemudian setelah segalanya selesai.