Adakah Tan Cheng Hoe gagal?

317

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah melepaskan jawatannya setelah berbincang bersama pengurusan FAM.

Tan Cheng Hoe meletakkan jawatannya susulan daripada prestasi skuad negara yang kurang memberangsangkan di Piala AFF bulan lalu.


Kekalahan kepada Vietnam dan Indonesia telah menyebabkan Harimau Malaya gagal menepati sasaran yang telah ditetapkan iaitu mara ke peringkat akhir.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar, Cheng Hoe telah berbincang dengan pihak pengurusan FAM secara terbuka dari semua sudut dan akhirnya kedua-dua pihak bersetuju untuk melepaskannya selaku ketua jurulatih.

Sumber Foto : FAM

Sebelum ini, Tan Cheng Hoe pernah memegang jawatan selaku pembantu jurulatih kepada Datuk K. Rajagopal yang berjaya merangkul pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjadi juara Piala AFF pada tahun 2010.

Setelah empat tahun bersama Kedah, beliau kembali berbakti untuk skuad Harimau Malaya apabila dilantik sekali lagi menjadi penolong jurulatih kepada Nelo Vingada pada tahun 2017.

Selepas gagal mencatat sebarang kemenangan, Nelo Vingada meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih lalu FAM melantik Tan Cheng Hoe untuk membimbing skuad kebangsaan ketika itu.

Sumber Foto : FAM

Pada tahun berikutnya, beliau berjaya memacu skuad Harimau Malaya ke pusingan akhir Piala AFF 2018 sebelum dikalahkan oleh Vietnam.

Antara pencapaian lain yang berjaya diraih oleh Tan Cheng Hoe dan anak buahnya adalah skuad kebangsaan berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.