Malaysia tumbang di AFF Suzuki 2020, prestasi Safawi Rasid melonjak naik

266

Ketika prestasi pasukan Malaysia di saingan Piala AFF 2020 di Singapura merosot teruk, prestasi pemain kebangsaan dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid pula melonjak naik.

Ini kerana beliau berjaya menjadi penjaring terbanyak bersama dua pemain Thailand, Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda serta Bienvenido Maranon dari Filipina selepas mereka meledak empat gol.


Kejayaan Safawi ini boleh dianggap sebagai saguhati dan pengubat duka buat skuad Harimau Malaya yang tersingkir awal selepas tumbang di tangan Indonesia pada perlawanan terakhir kumpulan.

Dalam kempen Piala AFF ini menjadi satu menjadi platform buat Safawi untuk kembali menyinar selepas prestasinya merosot sejak pulang dari Portimonense SC.

Walaupun ada pihak yang menafikan kemerosotan Safawi sepanjang musim 2021, namun peminat dengan jelas dapat melihat pemain itu bergelut untuk merebut dalam kesebelasan utama apabila posisinya kini mendapat saingan hebat dari pemain muda Arif Aiman.

Sumber foto: AFF Cup

Bagaimanapun kepercayaan yang diberikan oleh bekas jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe sepanjang saingan Piala AFF telah dibalas dengan persembahan yang cukup mantap sehingga berjaya menjaringkan empat gol.

Safawi menjadi pemain ketiga dari Malaysia yang berjaya merangkul trofi Kasut Emas selepas Safee Sali pada tahun 2010 dengan lima gol dan Safiq Rahim pada tahun 2014 dengan enam gol.

Sejak menyarung jersi senior Harimau Malaya, beliau telah membuat 35 penampilan dan sudah meledak 15 gol untuk negara.

Sumber foto: FAM Facebook

Untuk musim 2021, Safawi telah membuat penampilan sebanyak 31 tahun tetapi bukan kesemua perlawanan beliau turun dalam kesebelasan utama.

Berdasarkan statistik, untuk musim 2021 Safawi hanya menjaringkan empat gol sahaja iaitu tiga gol di Liga Super dan satu gol dalam kempen Piala Malaysia.

Tahun 2020 beliau berjaya menjaringkan tujuh gol dalam lapan penampilannya sebelum liga ditunda akibat pandemik COVID-19.

Walaupun sepanjang tahun ini Safawi kelihatan agak bergelut, namun Piala AFF telah membuka ruang dan peluang baru kepadanya untuk kembali berada pada tahap terbaik. Kejayaan terbaru Safawi ini mungkin akan menjadi motivasi buat dirinya untuk kembali menjadi pemain terbaik sekaligus mampu untuk merebut semula tempatnya dalam kesebelasan utama.