Pertemuan epik mantan Harimau Muda A: Perak FC vs Sri Pahang FC

Pertarungan antara bekas pasukan akan berlangsung antara Perak FC berdepan dengan Sri Pahang FC

197

Pertarungan hebat bakal berlangsung apabila pasukan Perak FC berdepan dengan Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super yang akan berlangsung pada esok pada 16 Mac pastinya menjadi perhatian penyokong bola sepak tanah air.

Bukan kerana kedua-dua pasukan kini berada pada prestasi terbaik, tetapi juga perlawanan esok akan mempertemukan beberapa pemain dari kedua-dua pasukan yang pernah beraksi dalam skuad Harimau Muda A ‘reunion’.


Antara pemain tersebut termasuk Fadhli Shas, Izham Tarmizi dan Mohd Arif Nasrulhaq yang bermain untuk Sri Pahang manakala Wan Zack Haikal pula bermain untuk Perak.

Keempat-empat pemain ini pernah bermain bersama-sama dalam skuad kebangsaan B-20 dahulu.

Bukanlah suatu yang menghairankan apabila pertemuan ini dianggap sebagai satu perlawanan yang mempunyai nilai tersendiri bagi keempat-empat pemain ‘otai’ tersebut.

Sementara itu, Irfan Fazail yang kini bersama pasukan Sabah FC membuat satu posting di Instagram miliknya bersama foto yang kelihatan bersama Amri Yahyah rakan sepasukan di Sabah serta Fadhli Shas, Izham Tarmizi dan Mohd Arif Nasrulhaq

Kelihatan Wan Zack juga ada meninggalkan komen pada foto tersebut lantas di balas oleh pemiliknya dengan komen, “See you soon brother”.

Keadaan ini jelas menunjukkan betapa mereka masih menjaga hubungan baik dan mempunyai rasa hormat antara satu sama lain walaupun bermain untuk pasukan yang berbeza.

Kedua-dua pasukan pastinya akan berusaha untuk memenangi perlawanan ini bagi memperbaiki kedudukan mereka di liga.

Oleh itu, perlawanan esok dijangka akan menjadi sengit dan menarik untuk disaksikan disamping melihat pertembungan bekas rakan sepasukan yang pastinya mahu membantu pasukan masing-masing menang.

Kehadiran mereka di atas padang pastinya akan memberikan kelebihan tersendiri bagi pasukan yang mereka pertahankan.

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan antara kedua-dua pasukan ini yang akan berlangsung di Stadium Ipoh, Perak dan juga secara siaran langsung.