Gary dirisik tiga pasukan

350

Setelah habis tempoh sebagai pemain pinjaman di Melaka United FC (MUFC), Gary Steven Robbat dikata berada dalam pemerhatian beberapa kelab yang berminat mendapatkannya secara tetap.

Gary tidak lagi bersama MUFC setelah namanya tiada dalam perancangan pasukan bagi persiapan Liga Malaysia musim 2022.


Masa depan pemain yang berusia 30 tahun ini masih menjadi tanda tanya setelah beliau kembali bersama JDT II pada musim hadapan. Tetapi terdapat desas desus menyatakan Gary juga turut berminat untuk berhijrah ke pasukan lain sama ada secara tetap ataupun pinjaman.

Antara pasukan yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain JDT II ini adalah Sabah, Perlis dan Kedah.

Persiapan skuad kendalian Ong Kim Swee pada tahun ini agak menggerunkan, apabila beliau mengumpulkan ramai bekas pemain yang pernah bermain bersamanya.

Gary juga merupakan “favourite” Kim Swee dalam kesebelasan utamanya ketika mewakili Harimau Malaya bawah 23 tahun. Oleh hal demikian, sudah pasti jurulatih Sabah itu ingin mendapatkan khidmat Gary serta mampu menawarkan kesebelasan utama di dalam pasukan.

Tetapi seperti sedia maklum, Sabah telah berjaya mendapatkan beberapa pemain tengah yang berkaliber seperti Baddrol Bakthiar untuk mengemudi jentera tengah skuad itu. Persaingan untuk Gary mendapat tempat dalam kesebelasan utama tampak sukar.

Jika Gary pulang ke negeri kelahirannya iaitu Kedah, sudah pasti akan menjadi kenangan manis buatnya kerana beliau boleh berbakti untuk negeri jelapang padi ini.

Malahan dengan kehadiran Gary dalam skuad mampu menambah kekuatan Kedah terutama sekali di bahagian tengah setelah ketiadaan tonggak utama yang telah berhijrah.

Tahap kecergasan Gary akan menjadi persoalan jika beliau beraksi untuk Kedah kerana corak permainan yang diterapkan oleh Aidil Sharin gemar bermain secara berpasukan. Beliau perlu bekerja keras untuk berebut tempat bersama pemain muda Kedah yang kian meningkat naik.

Sumber Foto : JDT

Pasukan Perlis boleh menjadi salah satu destinasi buat Gary bagi meneruskan karier bola sepaknya kerana disana beliau bakal menjadi tonggak penting untuk Singa Utara.

Jika Gary melihat dari sudut gaji, nilainya pasti lebih sedikit berbanding gaji yang beliau perolehi semasa di JDT II. Diatas faktor pasukan perlis yang baru membuat persediaan semula bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.