Berbaloi ke ‘market value’ De Paula lebih RM900 ribu?

2,758

Nama pemain naturalisasi sensasi negara Guilherme de Paula sememangnya menjadi topik hangat dikalangan peminat bola sepak Malaysia terutamanya selepas kegagalan pasukan negara di Piala AFF baru-baru ini.

Prestasi kurang baik yang dipamerkan oleh De Paula sepanjang musim lalu bersama pasukan Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) serta bersama pasukan kebangsaan Malaysia telah menyebabkan ‘market value’ pemain itu jatuh kepada €200 ribu atau sekitar RM944 ribu sahaja.


Sumber foto: Team Malaysia

Angka terbaru dari transfermarkt memperlihatkan ‘market value’ pemain berasal dari Brazil itu turun lebih RM23 ribu berbanding tahun lalu.

De Paula pernah merekodkan ‘market value’ tertingginya pada tahun 2019 iaitu €350 atau sekitar lebih RM1.6 juta.

Untuk rekod untuk 2021, De Paula bermain untuk dua pasukan iaitu Perak FC selama setengah musim dengan sebelum berhijrah ke pasukan JDT.

Bagaimanapun perpindahan pemain berusia 35 tahun itu tampak seperti pelengkap pasukan sahaja apabila beliau hanya membuat tiga penampilan dalam perlawanan Liga Super dengan empat minit sahaja permainan dan dua perlawanan di AFC Champions League dengan tempoh permainan 31 minit.

Sumber foto: Johor Southern Tigers

Berdasarkan ‘market value’ semasa, De Paula berada pada kedudukan kelima dalam senarai pemain tempatan mempunyai nilai tertinggi.

Kedudukan pertama didominasi oleh pemain warisan Dion Cools yang bermain untuk kelab Midtjylland di Danish Superliga dengan nilai RM4.7 juta.

Manakala kapten skuad kebangsaan dan Sabah FC Baddrol Bakhtiar pula berkongsi kedudukan di tangga kedua bersama Safawi Rasid dari JDT dengan ‘market value’ RM1.5 juta.

Sementara itu, pemain pertahanan negara dan JDT, Shahrul Saad pula kini bernilai RM1.18 juta dan seorang lagi pertahanan negara dan Sabah FC, Rizal Ghazali pula RM1 juta.

Sumber foto: transfermarkt